Posts

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita"(Surah At-Taubah Ayat 40)

Image
La tahzan!!!!!! innAllah hamaa'na!!!!! Apabila kita asyik termenung... Mengenang nasib disini.. Menyenang jauh mereka di sana.. Seronok !!! Dan penuh gembira .. Sedang kita disini bergejolak hati .. Melawan keinginan.. Mentafsir setiap kelakuan.. Dengan harapan disana apa kekosongan.. Namun semuanya hanya harapan.. Allah jua yang menentukan.. Kita hamba!!! Kita hanya perlu berusaha.. Agar keinginan kita di kabulkan.. Suatu masa.. Yang dia tentukan.. Namun, Kita masih gagal.. Melihat jauh kedepan.. Melihat segala kemungkinan.. Hinggakan ada.. Manusia-manusia yang silap menafsir.. Erti kebahagiaan.. Erti pengorbanan.. Dan juga erti ketenangan.. Aku melihat.. Ketenangan itu umpama air.. Mudah saja bergelora.. Mudah saja hilang kelembutannya.. Bila mana kelembutan angin menyapa.. Itulah perumpamaan yang sesuai disaat ketenangan itu ada.. Ia pergi dek kelembutan peribadi.. Ia pergi dek kesucian hati seseorang.. Ia pergi dek masa-masa bahagia yang terpaksa dilupakan.. Mengapa? Pokok per...

JENIS-JENIS SIHIR

Image
PATUNG Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut. SANTAU Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir TELUR LAYANG Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut. TANGKAL dan AZIMAT Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yan...

Pengertian Sihir

Image
Menurut Sheik Al-Azhari “ Sihir ialah amalan menghampirkan diri kepada syaitan di samping turut memohon bantuan pertolongan darinya.” Asal maksud sihir ialah memesongkan sesuatu perkara dari hakikat kebenarannya kepada sesuatu yang lain yang boleh mengaburkan pandangan yang zahir, kerana itu si tukang sihir telah memandang kebatilan itu sebagai kebaikan seterusnya mulalah dia amalkan sesuatu perkara diluar hakikatnya yang sebenar” Menurut Ibnu Qudamah Al- Muqaddisiy “Sihir seerti dengan jampi serapah, upacara pemujaan, ucapan-ucapan tertentu yang diucapkan dengannya, penulisan-penulisan atau usaha tertentu yang sengaja dilakukan demi untuk mendatangkan kesan secara tidak langsung kepada fizikal, mental mahupun perasaan si mangsa.”  Sumber http://abuamiral-hafizi.blogspot.com

Ekpresi Hati

Huh.. Mengeluh saat hadirnya.. Gelisah dengan kedatangan nya.. Datang dengan mudah.. Pergi dengan payah.. Mengapa mesti cinta.. Andai diri belum cukup daya.. Kenapa harus sayang.. Andai diri masih lemah mengotakannya..   Terasa dunia bagai syurga yang penuh duri..   Indah tapi menyakitkan.. Cantik tapi membingungkan.. Umpama seekor ikan.. Saat sangkutnya di mata kail.. Jangan pernah dilepaskan.. Andai di bebaskan.. Khuatir sakitnya berpanjangan.. Saat jiwa terpaut.. Hendaklah ia di pertahankan.. Jangan biarkan ia pergi.. Tanpa usaha.. Suatu saat akan timbul penyesalan.. Ingat!!! Penyesalan!!! Tiada kata mampu mengungkap kata hati.. Hanya puisi yang sukar difahami ini.. Dia akan pergi.. Aku akan disini.. Menanti firasat hati menjadi realiti.. Saat itu.. Semoga pohon yang mati bisa berbuah kembali.. Hanya Allah yang berkuasa membolak balikkan hati kedua orang tuanya.. Supaya cerah melihat kehendak anaknya.. Tidak memaksa tanpa kerelaan hakiki hati mereka.. Tidak menilai piliha...

Bukti Cinta

IKHLAS takkan pernah LAHIR hinggalah seseorang itu berhenti mengharapkan BALASAN dan melupakan kewujudan ALASAN.Fokusnya Jiwa Ikhlas bilamana Hati dipandu dengan Niat yg mampu memecahkan dimensi 'masa' yg mbawa pd output luarbiasa.~Nurrul Aleeffa If you are really love. Set it free. Itulah perkataan yang sering kali berlegar dalam ruangan minda aku sejak sekian lama. Sepertinya ingin aku betul-betul memahami  maknanya. Set it free!!!! If you are truely love someone!!!! Ya.. itulah sebaiknya!!! Kenapa!!!! Dan bagaimana melakukannya????!! Jujur saja.. aku hanya bisa merapu namun aku sendiri belum yakin yang aku bisa melakukannya. Sekurangnya aku berusaha untuk menuju kearah itu. Itu lebih baik kan. Daripada hanya berdiam diri tanpa sebarang tindakan. Rasulullah (s.a.w) menyuruh sampaikan ilmu yang kita tahu itu walaupun satu ayat al-Quran sekalipun Atas dasar itu. Aku tetap terus menyampaikan apa sahaja yang aku tahu tentang Islam walaupun aku sendiri menyedari ...

Pendahuluan : Sihir, Kesan dan Rawatannya

Image
Assalamua'laikum pembaca sekalian. Pada kali ini saya ingin berkongsi berkenaan sihir, kesan dan perawatannya dalam masyarakat Islam. Saya terfikir untuk menulis berkenaan tajuk ini rentetan banyak berlaku gangguan makhluk halus dan sihir dalam kehidupan saya sendiri. Selain itu, segala yang saya taip disini akan dihantar kepada pensyarah saya sebagai kerja kursus Kelas pendidikan Islam. Bak kata pepatah "sambil menyelam minum air"... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala pujian adalah mutlak bagi Allah. Tiada tuhan yang berhak disembah oleh manusia melainkan Allah. Segala yang berlaku juga dengan kehendaknya. Kepadanya segalanya bermula dan kepadanya jua segalanya kembali. Tuhan yang maha hidup. Tidak tidur dan tidak juga mengantuk. Dialah yang berkuasa atas segala yang berlaku dan dialah jua yang maha menyembuh dan menurunkan penyakit. Dialah Allah yang telah menurunkan Al-quran untuk sekalian alam. Di dalamnya terkandung penawar kepada sega...

HalimatusSaadiah :

Image
Kebelakangan ini sering kali muncul wajah seseorang keruangan minda aku.Aku ingin dia menjadi teman ku... justeru  aku ingin dia menjadi wanita yang boleh dijadikan contoh.  Ikutilah kisah salah seorang wanita contoh di zaman rasulullah ini: Sebaik sahaja Nabi Muhammad dilahirkan, seluruh keluarganya bergembira dan ramai-ramai datang menziarahi baginda. Salah seorangnya ialah seorang gadis sunti yang berumur 15 tahun. Sambil mendukung bayi yang sihat dan comel itu beliau berkata "alangkah indahnya kalau aku dapat memelihara bayi ini". Terbukti bahawa niatnya itu termakbul apabila gadis sunti tadi apabila melewati umur 40 tahun telah berkahwin dengan baginda Rasulullah saw, dialah isteri pertama Rasulullah, Khadijah. Itulah tanda-tanda awal keberkatan seorang nabi. Setelah baginda dilahirkan, baginda disusui oleh Ummu Aiman sementara menunggu kumpulan orang kampung dari Bani Saad datang untuk mengambil upah menyusu bayi. Setelah beberapa hari, tibalah rombo...