Posts

Hati dan Akal Bicara Cinta

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta.. Akal : Assalamualaikum, sahabat. Hati : Waalaikumussalam... Akal : Apa khabar iman anda? Hati terdiam... Akal bertanya sekali lagi. Akal : Apa khabar iman anda? Hati : Kurang sihat mungkin. Akal : Mengapa?  Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku... Akal : Dia yang mana, sahabatku? Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya.. Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia. Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia. Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama. Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah.

Pujukan Jiwa

Image
Lihatlah alam, Sedang bicara dalam bahasanya, Kehijauan hutan,  Juga kebiruan lautan, Semuanya taat dan tunduk mengikut ketetapannya, Yang kita perlukan hanyalah perhatian, Perhatian dengan mata hati, Dengan rasa rendah diri, Mengagungkan penciptanya, Menyingkap segala rahsia, Menjawab segala persoalan hidup, Sambil memuji namanya, Dalam setiap hembusan nafas, Terkandung sejuta nikmat, Dalam setiap langkah maju, Terkandung seribu harapan, Ucap syukur atas namanya, Setiap yang kita punya cukup seadanya,

Pengasih Dan Ilmu Guna-Guna

Image
  Gambar Hiasan           Bila cinta ditolak, pengasih dan ilmu guna-guna bertindak!!!  Assalamua’laikum sidang pembaca sekalian. Kali ini saya kembali lagi dengan tajuk yang agak menarik untuk dibincangkan. Pastinya ramai sahabat di luar sana yang pernah gagal dalam percintaan dan mungkin juga cinta tertolak dan membuatkan anda sakit hati dan kecewa. Pengasih dan ilmu guna-guna pastinya altenatif terbaik bagi mereka yang tidak punya iman dalam jiwanya bagi mengubat segala guris di hati. Semua kita maklum dengan kata-kata ini : “ Sakitnya luka di jasad, mudah saja di ubati. Sakitnya hati, mungkin saja dibawa ke mati!!” Justeru, mungkin ramai diantara kita yang terfikir untuk berbuat sesuatu yang bisa mengubat sakitnya hati termasuk saya sendiri. Saya juga punya hati dan perasaan. Bila mana disakiti, sukar untuk disembuhkan. Alhamdulillah, Ilmu dan Iman yang Allah anugerahkan telah menyelamatkan saya daripada berbuat sesuatu yang ...

"Harapan" (Bahagian kedua)

"Harapan" (Bahagian Pertama) Tahun 2011 mula menjelma dan tahun 2010 bakal ditinggalkan. Zack berazam untuk semester ini, dia akan cuba sedaya upayanya agar tidak lagi mengungkapkan kata-kata cinta pada perempuan yang dia rasakan hanya cinta monyet. Pada semester yang akan datang, Zack telah merancang banyak perkara. Pertamanya ialah memastikan pointernya untuk semester akan datang mencapai targetnya dan keduanya ialah memimpin pergerakan persatuan pelajar Islam di kolejnya dengan kaedah yang paling mudah dan terbaik tanpa mengganggu kualiti belajarnya dan juga ahli-ahlinya. Walaupun Zack hanyalah pengerusi sementara, dia telah merancang banyak perkara. Baginya itu amanah. Walaupun sementara, amanah wajib dijalankan. Semester baru sudahpun bermula. Keputusan untuk semester lepas pun Zack sudah ketahui. Zack mengucap syukur apabila mendapati keputusan semesternya yang lepas yang disangka jatuh merundum rupanya meningkat sedikit. Untuk semester ini pastinya Zack telah meranca...

Apa aku akan buat?

Assalamua'laikum sidang pembaca sekalian. Syukur kita panjatkan pada sang pencipta ruang dan masa kerana saat ini kita masih lagi berkesempatan bersua mungkin juga masih sempat bergurau senda. Mungkin juga ada antara kita saat ini sedang menghadapai sakaratul maut dan mungkin juga ada yang sedang menambah saham untuk sama-sama ke syurga. Kali ini tajuk entri agak menarik. Apa yang harus aku buat? Apa masalahnya ni? Sampai nak buat sesuatu pun pening-pening kepala. Sebenarnya, saya nak berkongsi apa yang patut kita lakukan apabila kita sering kali diganggu makhluk halus atau mungkin juga saat makhluk itu mengganggu. Saya rasa cukup terpanggil untuk berbicara tentangnya. Saya akan mengemukakan pendapat berdasarkan pengalaman peribadi semata-mata. Bukanlah berdasarkan hadis atau dalil Al-Quran. Skop gangguan pula adalah sekitar gangguan emosi dan jiwa. Membanyakkan solat-solat sunat.

Anak ayam-ayam kampung

Image
Assalamua'laikum pembaca sekalian. Kali ni saya nak berkongsi sedikit tentang haiwan peliharaan saya ni iaitu AYAM. Hahahaha... ayam ni dah ibarat kawan paling rapat saya dah.... hari-hari saya pergi jenguk diaorang kat reban. Yang video tu adalah rakaman bertarikh 23/4/2011. Lama juga dah tu. Semua anak ayam tu besar-besar dah. Semuanya ayam kampung milik saya ada 16 ekor semuanya. Ayam kacukan daging hitam ada 2 pasang. Semalam ada 9 biji telur ayam menetas. So, bertambahlah bilangan kawan ayam ni...hahaha... bila cakap tentang ayam ni, merekalah tempat akau melepaskan segala stress aku. Bila aku rasa stress, aku akan masuk dalam reban. Raban ayam aku bersih tau. Hari-hari aku bersihkan. Sebelum aku pergi kolej, aku akan bersihkan ayam-ayam aku. Bagi diaorang makan dan tukar air minuman diaorang. Air minuman diaorang mesti bersih. Nanti, bulu diaorang cantik. Aku dah kenal pasti beberapa anak ayam yang ada potensi untuk dijual dengan harga RM 200 seekor. huhuhu... mahal tu. Tu b...

Warkah Buat An-Nissa Itu

Image
Warkah buat an-annisa, Ku ukir dan ku tulis dari dasar hati, Yang cuba untuk komunikasi, Mencari jawapan untuk segala persoalan, Timbul kadang tenggelam aku di alam minda, Mencari sendiri segala kemungkinan, Bagi setiap persoalan yang telah engkau lontarkan, Kadang aku kuat, Sering juga aku lemah, Dalam usaha mencari jawapan, Namun, Aku tetap berdiri, Berpegang satu janji pada diri, “Walau apapun berlaku” “Walau apapun kemungkinan” “Teruskan” “Jangan mengalah” “Ingatlah matlamatmu” “Dan tunjukkan pada semua” “Engkau bisa menjadi lebih baik dari sekarang” Justeru, Aku tetap aku, Tidak pernah berubah walau sedetikpun pada zahirnya, Namun batinku kian menggoncang semula, Semua kata-kata, Yang pernah aku ungkap agar aku perbuat, Tidak hanya menjadi hiasan bibir, Tapi juga menjadi hiasan peribadi, Lama sudah aku leka, Lama juga tiada yang mampu membuat jiwaku sedar,