‘Ainul Mardhiah (mata yang diredhai)
‘Ainul Mardhiah (mata yang diredhai)
merupakan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari-bidadari yang lain.
Suatu pagi ketika nabi memberi kata-kata semangat
di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah,
katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah
tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan
seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu
seorang sahabat yang usianya sangat muda
teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut….
tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi
kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap beri nama
sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga
turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama)
Dalam tidur tersebut dia bermimpi
berada di satu tempat yang sungguh indah,
dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih
lagi cantik dan muka yang berseri2
lalu ditanyanya di manakah dia…
lalu lelaki itu menjawab inilah syurga.
Lalu dia menyatakan hasrat
untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah'…
lalu ditunjuknya di suatu arah
maka berjalan dia…
di suatu pepohon beliau mendapati ada
seorang wanita yang tak pernah
dia lihat kecantikan begitu…
tak pernah dilihat didunia ini…
lalu diberi salam dan dia bertanya
andakah ainul mardhiah…
wanita itu menjawab ehh tidakk…
saya khadamnya...
ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai
yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita
yang kecantikannya berganda-ganda
dari yang pertama tadi sedang mengelap
permata-mata perhiasan di dalam mahligai…
lalu diberi salam dan di tanya lagi
adakah dia ainul mardiah
lalu wanita itu menjawab…
eh tidakkk...
saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini…
ainul mardiah ada di atas mahligai sana,…..
lalu dinaikinya anak-anak tangga
mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. ..
lalu dia sampai ke satu mahligai
dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik
dari yang pertama
dan berganda-ganda cantiknya
dari yang kedua….
dan tak pernah dia lihat di dunia….
lalu wanita itu berkata…
akulah ainul mardhiah,
aku diciptakan untk kamu
dan kamu diciptakan untk aku….
bila lelaki itu mendekatinya
wanita itu menjawab…
nantiii kamu belum syahid lagiiii….. .
tersentak pemuda itu pun terjaga dari tidurnya
lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain,
namun begitu dia memesan agar
jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW…
tapi sekiranya dia shahid
barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah
yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang
lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid.
Petang tersebut ketika semua jemaah
telah pulang ke masjid,
di waktu hendak berbuka puasa
maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka
(tunggu makanan adalah satu sunnah nabi).
Maka kawan sahabat yang shahid tadi
telah bangun dan merapati nabi SAW
dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi…
dalam menceritakan itu nabi menjawab
benar… benar…benar. ..
dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata
memang benar cerita sahabat kamu tadi
dan sekarang ini dia sedang
menunggu untuk berbuka puasa di syurga….
menunggu untuk berbuka puasa di syurga….
subhanallah...
Entrie Asal: http://pinkywink2.blogspot.com
Comments
Post a Comment