"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita"(Surah At-Taubah Ayat 40)


La tahzan!!!!!! innAllah hamaa'na!!!!!
Apabila kita asyik termenung...
Mengenang nasib disini..
Menyenang jauh mereka di sana..
Seronok!!!
Dan penuh gembira..
Sedang kita disini bergejolak hati..
Melawan keinginan..
Mentafsir setiap kelakuan..
Dengan harapan disana apa kekosongan..
Namun semuanya hanya harapan..
Allah jua yang menentukan..
Kita hamba!!!
Kita hanya perlu berusaha..
Agar keinginan kita di kabulkan..
Suatu masa..
Yang dia tentukan..
Namun,
Kita masih gagal..
Melihat jauh kedepan..
Melihat segala kemungkinan..
Hinggakan ada..
Manusia-manusia yang silap menafsir..
Erti kebahagiaan..
Erti pengorbanan..
Dan juga erti ketenangan..
Aku melihat..
Ketenangan itu umpama air..
Mudah saja bergelora..
Mudah saja hilang kelembutannya..
Bila mana kelembutan angin menyapa..
Itulah perumpamaan yang sesuai disaat ketenangan itu ada..
Ia pergi dek kelembutan peribadi..
Ia pergi dek kesucian hati seseorang..
Ia pergi dek masa-masa bahagia yang terpaksa dilupakan..
Mengapa?
Pokok persoalan yang perlu kita ketahui..
Bila mana dimensi jiwa tebahagi..
Fikiran kacau..
Setiap tindakan mudah saja dipengaruhi..
Kadang tindakan itu luar jangkaan..
Kadang juga agama di pergunakan..
Bila mana ikhlas tidak dikuasai..
Ya!!!!!
Ikhlas tidak dikuasai!!!
Itulah punca segala ketenangan mudah saja terganggu..
Pengorbanan itu tidak perlu..
Jika ihlas kita kuasai..
Kita akan redho atas setiap ketentuan..
Menyerah segala kemungkinan pada yang menciptakan..
Dia yang berkuasa..
Dia juga yang menentukan..
Bilamana cinta disematkan dengan keikhlasan..
Bilamana harapan dipandukan dengan tawakal pada tuhan..
Bilamana kesetiaan di susuli dengan tindakan..
Ketenangan itu takkan pernah pergi dari jiwa-jiwa yang tenang..
Kerana Allah itu maha tahu setiap jiwa-jiwa yang tenang!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Serama

Balik Raya 2020