Posts

Showing posts with the label Puisi

Ayam

Ayam, Lagak gayamu terukir rasa pilu, Terkenang akan kalian, Hari ini detik nyawa terakhir kalian, Saat mata menatap aliran darah mengalir, Terdetik di hati, Aku nanti pasti akan menyusul, Hidupku ini walau tidak sesingkat hidup kalian, Namun aku nanti akan tetap menyusul kematian, Tiada daya untukku ingkar, Akur pada hakikat hidup yang pasti akhirnya akan mati, Tiada apa yang nak aku banggakan, Kerana aku tidak memiliki apa-apa pada dasarnya, Semuanya pemberian Allah, Sering kali di benak fikiran berkata : "Mana milik kita?" "Tiada apa milik kita" "Semua Allah yang punya" "Kita pinjam semua" Hidup walaupun aku tahu akhirnya nanti mati, Itu bukan alasan untuk berkata : "Akhirnya mati nanti segala usaha sia-sia" Tidak!!! Allah sentiasa melihat dan malaikatnya mencatat setiap usaha, Allah katakan : Aku tidak melihat hasil apa yang kalian perbuat tetapi aku melihat usaha kalian sebanyak mana? Ayam, Saat aku meman...

Khas buat mu Teman

Image
Gambar Credit to : Langkah Sepi  Khas buat mu teman, Di ukir dengan iringan hati yang sentiasa ingat pada kalian, Semoga kalian berbahagia bersama sesiapa sahaja kalian berteman, Saat ketika bersama, Saat masa berlaku, Saat itu pengalaman bersama berlalu, Tidak akan pernah berulang, Tapi ia tetap menjadi satu memori, Mungkin saja hari ini kita bertemu, Besoknya siapa yang tahu. Hidup ini bukan milik kita, Masa juga tidak pernah menunda menanti, Setiap detik harus sentiasa ada, Sesuatu yang membawa diri lebih bererti, Kejarlah kalian apa yang kalian pasti, Jangan ragu, Teruskan setiap apa yang telah kalian mulakan, Hentikan jika ia mencelakakan, Hindarkan diri dari setiap perselisihan, Sandarkan harapan pada Tuhan, Dekatkan diri padanya dengan solat, Puasa jangan pernah tinggal, Kikiskan sifat bakhil dengan zakat. Wahai teman, Setiap dari kita ada jalan takdirnya, Ada yang hebat menulis lirik, Ada yang petah dalam percakapan, Ada juga yang merdu nyanyiannya, Mungkin juga ada yan...

Allah Sedang Bicara Denganmu

Lihat dan renung, Setiap perbuatan, Pada setiap kelakuan, Setiap sujud solat, Dalam kehausan puasa, Juga pada tiap kalimah syahadah diungkap, Pada setiap zakat di keluarkan, Juga pada haji yang ditunaikan, Cukup? Cukup sekadar itu? Cukup hanya kau perbuat segalanya, Cuba kau tanya hati mu, Apa jawabnya? Imanmu, Bagaimana jawapannya? Setiap amalan harus ikhlas jawab imanmu!!!!! Hatimu jawab apa? Setiap hati punya jawapannya, Pasti ia berbeza mengikut niatnya, Kalau nakkan wanita, Itulah jawapannya, Kalau nakkan harta, Itulah tujuannya, Apa tujuanmu solat? Agar dianggap sholeh?? Puasamu? Kerna malu dengan teman?? Ungkapan syahadat? Sekadar memenuhi syarat?? Zakat dikeluar? Agar tidak dianggap kedekut?? Dan haji ditunai? Untuk menunjuk mampu?? ........Setiap masalah menimpa, Tanyakan setiap persoalan ini pada hatimu, ........Setiap fitnah menghampir, Tanyakan juga persoalan ini pada hatimu, ........Setiap dugaan yang datang, Tanyakan juga persoalan ...

Pujukan Jiwa

Image
Lihatlah alam, Sedang bicara dalam bahasanya, Kehijauan hutan,  Juga kebiruan lautan, Semuanya taat dan tunduk mengikut ketetapannya, Yang kita perlukan hanyalah perhatian, Perhatian dengan mata hati, Dengan rasa rendah diri, Mengagungkan penciptanya, Menyingkap segala rahsia, Menjawab segala persoalan hidup, Sambil memuji namanya, Dalam setiap hembusan nafas, Terkandung sejuta nikmat, Dalam setiap langkah maju, Terkandung seribu harapan, Ucap syukur atas namanya, Setiap yang kita punya cukup seadanya,

Warkah Buat An-Nissa Itu

Image
Warkah buat an-annisa, Ku ukir dan ku tulis dari dasar hati, Yang cuba untuk komunikasi, Mencari jawapan untuk segala persoalan, Timbul kadang tenggelam aku di alam minda, Mencari sendiri segala kemungkinan, Bagi setiap persoalan yang telah engkau lontarkan, Kadang aku kuat, Sering juga aku lemah, Dalam usaha mencari jawapan, Namun, Aku tetap berdiri, Berpegang satu janji pada diri, “Walau apapun berlaku” “Walau apapun kemungkinan” “Teruskan” “Jangan mengalah” “Ingatlah matlamatmu” “Dan tunjukkan pada semua” “Engkau bisa menjadi lebih baik dari sekarang” Justeru, Aku tetap aku, Tidak pernah berubah walau sedetikpun pada zahirnya, Namun batinku kian menggoncang semula, Semua kata-kata, Yang pernah aku ungkap agar aku perbuat, Tidak hanya menjadi hiasan bibir, Tapi juga menjadi hiasan peribadi, Lama sudah aku leka, Lama juga tiada yang mampu membuat jiwaku sedar,

Sedar

Image
Sedar!!  Sebelum terlambat, Sedar!! Sebelum semuanya terlewat, Lihatlah sekelilingmu, Tercemarnya alam, Tercemarnya budaya, Tercemarnya akhlak, Sedar!! Ayuh menuju perubahan, Sebelum semuanya terlewat, Kita masih punya peluang, Kita masih punya ruang untuk perbaiki, Segala silap, Segala khilaf, Jangan berputus harap, Ayuh kita mulakan, Kehidupan tanpa pencemaran, Kehidupan nyaman dengan budaya sihat, Kehidupan enak dengan akhlak yang mulia. Ditulis khusus untuk kempen kesedaran yang bakal diadakan di kolej TCS

Undur Diri

Undur Diri, Dikala resah dan punah segala harapan, Dikala lebur segala impian, Pergi, Takkan kembali, Pergi takkan menoleh lagi, Melangkah menjauhi, Bergerak sendiri, Maju dalam sepi, Melangkah dalam segan, Perbaiki dalam diam, Mencari dalam kelam, Tanpa api yang menerangi, Dalam leraian hujan, Di kala malam tanpa purnama, Dikala siang tanpa mentari, Pergi, Takkan pernah kembali, Cuba menyendiri mencari diri, Yang telah hilang dalam kebodohan, Yang telah pergi kerana khilaf, Yang takkan mungkin datang, Sekali lagi, Maafkan segala salah dan silap, Ampun kan segala dosa dan khilaf, Undur diri mencari ilahi, Agar jiwa mencapai ketenangan yang hakiki, Ini insan lemah lagi hina, Sentiasa silap sentiasa berdosa, Bukanlah nabi yang suci segalanya, Sering bangkit dalam payah, Sering tersungkur dan sering jatuh, Sering juga disalah faham, Juga sering menjadi punca permasalahan, Pergi, Takkan kembali, Pergi, Takkan menoleh lagi, Pergi, Dalam sepi, Dan pergi, Mencari diri. Semoga kalian memahami,...

Andai aku di dunia Naruto!!

Image
 Andai aku di dunia anime, Akan ku jadi seperti naruto, Juga akan ku jagi seperti gaara, Sasuke juga apa kurangnya, Kalutnya naruto punya matlamat, Tenangnya gaara punya cita-cita, Jahatnya sasuke namun punya impian, Rebahnya naruto, Namun tetap bangkit, Biar tomahan dan sendiran menghampiri, Dia tetap melangkah menambah kekuatan, Aku ingin seperti itu, Membiarkan semua fitnah dan tomahan, Biar hati sering di uji, Tetap bangun mencari kekuatan disebalik rebah, Mencari semangat, Mencapai matlamat...... Tenangnya gaara punya cita-cita, Kepimpinanya aku kagumi, Asalnya disisih rakyatnya, Namun dia buktikan jua kemampuan dia melindungi mereka, Saat ini, Itulah aku!! Disisih dan dipinggir kerana tidak percaya, Mereka hanya lihat luaran namun tidak kemampuan, Bukanlah aku terlalu yakin dengan diriku, Sekadar memuji anugerah tuhan padaku, Sejahat sasuke, Namun dia masih punya impian, Biar buruk pandangan orang, Namun tuhan itu lebih tahu, Biar dituduh munafik, Namun tetap maju dengan diri...

Matikan aku dalam Redhomu

Arh!!!! Sekali lagi aku coretkan isi hati, Sekali lagi aku hamburkan perasaan diri, Aku ini apa? Apa aku punya cita? Jika ia, Citanya apa? Aku seperti hilang dalam kekalutan diri, Sering rebah, Aku bangun sendiri, Punya teman tapi sukar memahami, Bila diluahkan menambah beban dalam hati, Sekali lagi aku merenung, Sekali lagi aku perhati, Sekali lagi aku muhasabah, Mengimbau kembali apa yang aku perbuat, Rupanya ego dalam diri menjadi punca, Lemahnya iman mengundang dusta, Lemahnya akal membawa sengsara, Namuin aku adalah aku, Itu bukan alasan untukku tetap rebah, Menunggu bulan jatuh ke riba, Ibarat menunggu durian runtuh, Tidaklah itu menjadi pegangan, Aku mesti perbaiki!!! Aku mesti maju!!! Melangkah dalam segan, Ku kuatkan jua, Demi Allah!!! Aku tidak ingin membiarkan jiwaku terus begini, Akan aku teruskan perjuangan, Kembali memimpin!!! Menjadi penggerak umat!!! Akan aku abaikan segala tomahan, Membiarkan mereka puaskan hati dengan umpatan dan fitnah, Bantulah aku ya Allah, Aku ham...

Cinta

Image
Cinta!!! Cinta itu indah, Cinta itu membutakan, Cinta itu mempersonakan, Cinta itu menyedihkan, Cinta itu membahagiakan, Cinta itu menyiksa, Cinta itu memberi, Cinta itu merampas, Kata-kata cinta sering kali diungkap, Dalam bait puisi, Dalam Lirik lagu, Dalam karya novel, Juga dilakonkan menjadi drama tontonan, Bahkan juga dalam firman tuhan, Cinta itu luas maknanya, Di bahagi pada dua dimensi, Cinta sesungguhnya dan juga cinta fatamorgana, Cinta sesungguhnya itu diertikan cinta yang hakiki, Rasa takut bila akan hilangnya, Rasa resah bila jauh darinya, Akan hilang rasa curiga, Sentiasa ingat padanya, Juga sentiasa cuba menasihat, Melihat ruang sebagai peluang untuk saling membaiki, Sentiasa akur setiap ketentuan ilahi, Juga tidak cuba merosak dan merobek jiwa yang dicintai, Apabila melihatnya akan ingat kebesaran ilahi, Apabila mendengar ucapannya, Lidah lantas berzikir pada tuhan mengagungkan kebesarannya, Apabila terfikir tentangnya, Hati cuba bersabar dari mengungkap rindu, Kerna.....

Terima Kasih Allah !!!!

Image
Apa ertinya aku sebagai Islam, Andai diriku masih leka daripada mencari redhonya, Apa ertinya aku memeluk Islam, Andai aku masih mengabaikan tangungjawabku sebagai hambanya, Apa ertinya aku mengaku Islam, Andai kehidupan Islam tidak aku perbuat, Apa ertinya aku dalam masyarakat Islam andai dakwah tidak aku lakukan, Apa ertinya!!!! Merenung sejenak menyingkap misteri hati, Melangkah jauh mencari realiti, Ungkapan dimulut hendaklah dibuktikn dengan hati, Bukan sekadar pembuktian dengan kelakuan, Tetapi mestilah juga dengan ihsan pada Tuhan, Kembalilah kepada Allah, Ingat lah setiap rahmat yang dia kurniakan, Ingat juga setiap apa yang ada pada kita adalah pemberiannya secara percuma, Terima kasih Allah atas segala kurniaan, Terima kasih juga atas iman yang engkau titipkan, Terima kasih juga atas segala didikanmu, Terima kasih Allah Atas segala-galanya, Permudahkanlah segala urusan kami, Untuk mencapai redhomu, Untuk melakukan segala amanahmu, Untuk hidup dalam syariat Islam, Serta meleb...

Teguhnya Sang Sungai

Image
Saat ini, Saat ini terbentang luas pemandangan sungai di hadapanku, Dihiasi hijaunya hutan bakau, Diserikan lagi merdunya kicauan burung dan unggas, Ianya menenangkan saat jiwa gelora, Mencari redho, Mencari kedamaian, Mencari kebenaran, Serta mencari hakikat hidup, Aku melihat, Sungai yang yang berada di hadapanku, Tidaklah selurus yang aku sangkakan, Bengkang-bengkok, Namun arusnya tetap mengalir, Arusnya juga tetap akur dengan ketentuan Allah, Banyak liku dan tanjung yang harus ditempuhinya, Banyak juga rintangan dari kapal-kapal pengangkut kayu balak menghadang arusnya, Tidak kurang juga geloranya ditiup sang angin, Namun, Arusnya tetap mengalir!!! Sedarlah wahai manusia, Bangunlah dari mimpi yang direka, Hentikanlah segala fatamorgana yang ada dalam minda, Bangkit dan bangun, Terus maju melangkah, Seperti mengalirnya arus sungai, walaupun menghadapi banyak rintangan, Kehidupan manusia penuh teka-teki, Bengkang-bengkok seperti sungai, Sentiasa dihadang oleh permasalahan, Namun!!! ...

Gelisah Jiwa Kerana Cinta?

Image
Aku kembali!! Dengan jiwa lama dan personaliti baru, Saat cinta menyuntik kejiwa, Payah!! Gundah!! Leka!! Dan lena dibuai alam fantasi yang direka, Kenapa? Kenapa bisa jadi begini? Sedang cinta Allah ciptakan, Sedang ianya juga Allah anugerahkan, Ia juga Allah semaikan, Sewajarnya  ia menyubur mekar, Dalam hati dan jiwa insani, Dalam diri setiap manusia yang mencintai, Dan juga pada diri-diri yang sepi, Bangun!! Bangkit!! Dengan azam dan cinta, Jangan jadikan cinta sebagai alasan untuk rebah, Tidak juga sebagai penghalang untuk maju, Juga tidak menjadikannya sebagai seteru, Kerana cinta itu anugerah Allah, Satu perasaan yang indah, Namun, Kenapa ia sering menjadi sumber permasalahan?! Dan juga sering membuatkan banyak jiwa tersungkur?! Kadang meragut jiwa yang bernyawa?! Sedar dan kembalilah pada Allah, Allahlah yang menciptakan insan, Dia memiliki semua hati-hati, Dia juga berkuasa keatasnya, Ikhlas dan letaklah harapan padanya, Cinta pada bunga kan layu, Cinta pada manusia kan ...

Ku Sebut Namamu Saat Tenangku

Image
Tiada bait kata yang mampu aku katakan wahai annisa, Aku juga hamba, Sentiasa mencari redhonya, Kadang hati juga gelisah, Mencari teman, Namun teman yang dicari sering kali mengelak, Bukan semulia Saidatina Khadijah mahupun Siti Fatimah yang aku cari, Bukan jua sesuci Saidatina Maryam mahupun Halimatussadiah yang aku ingini, Malah bukan annisa seteguh Saidatina Aisyah dan Sumaiyah yang aku dambarkan, Kerana aku mengerti, Diriku bukanlah siapa-siapa, Untuk menagih cinta wanita seumpama mereka, Aku tidak sehebat Sulaiman, Aku juga tidak seteguh Muhammad, Aku juga bukan motivator seperti Luqman, Namun aku sentiasa cuba menjadi seperti mereka, Setiap pandangan yang memandang, Setiap bait kata yang mengata, Pada tiap hati yang mentafsir, Pada tiap jiwa yang melafaz, Sering kali tersasar dari realiti maksud, Sering juga terbabas dalam mentafsir, Kadang menjadikan aku lemah, Menyebabkan sudut pandang jadi keutamaan, Yang tersurat juga tersalah lihat, Yang tersirat pula tidak dimengerti, Semo...

Aku Bukan Siapa-Siapa

Image
Buka mata mentafsir kelakuan, Bergerak melangkah hati semakin resah, Aku bukan siapa-siapa mengharap cinta dan juga perhatian, Kerana aku bukan siapa-siapa, Ya!!! Aku bukan siapa-siapa!!! Sedarlah!! Bagunlah dari lamunan dan perancangan alam minda, Bergerak sendiri mencari redhonya, Biarkan dia dengan hidup dan keinginannya, Kerana engkau bukan siapa-siapa. Engkau masih punya masa, Engkau masih punya ruang, Engkau juga masih punya harapan, Namun untuk mencapainya engkau harus merancang dan melaksanakan perancangan itu, Kunci dan juga mangga, Sebenarnya dua benda saling melengkapi, Adakah aku dan dia juga begitu? Mungkin saja itu perasaanku, Kerana cinta tak kenal usia, Juga tidak mengenal semester, Cinta juga mampu membangunkan jiwa yang hampir mati, Juga bisa menghancurkan sesebuah organisasi, Namun sampai bila harus aku pujuki jiwa yang resah, Menanti suatu harapan yang tidak mungkin berlaku, Semakin lama, Ianya hanya menyakiti hati, Dan menghilangkan ketenangan dalam diri, Aku moho...

Rahsia cinta Sejati

Cinta itu, Ianya umpama air, Saat engkau menadahnya dengan tangan, Ia takkan tumpah ketanah, Saat kau menggenggamnya untuk memiliki, Ianya akan mengalir dari celahan jari, Itulah kesilapan yang sering kali kita lakukan, Saat jatuh cinta, Hati hanya ingin memiliki, Hati hanya ingin menuntut, Dan hati hanya ingin mengharap, Cinta itu hanya akan pergi. Seperti mengalirnya, Air-air dicelahan jari.. Ianya hanya akan menyakitkan anda, Cinta itu sifatnya bebas, Anda boleh memberi tetapi tidak mengharapkan, Anda boleh lafazkan, Tetapi jangan keterlaluan, Tanyakan!! Tapi jangan meminta, Biarkan ianya bebas mengalir dalam jiwa, Biarkan secara fitrah, Jangan dibebankan, Jangan juga diabaikan.. Cinta itu juga menjaga, Saling membantu, Dan juga saling melengkap.. Namun biarkanlah ianya bebas, Sehingga satu masa yang Allah tentukan, Ambil ini sebagai kata-kata azimat If you love someone,  Set it free,  If it comes back it's yours,  If it doesn't,  It never was. Aku jadikan ini se...

Mana milik Kita???

Image
Mana milik kita, Tiada apa milik kita, Semua Allah yang punya, Kita pinjam semua, Tanpa Allah minta dibayar, Cuma dia minta, Penuhi tuntutan agama, Melihat merenung kebesaran dan kewujudannya, Kadang kita alpa, Sering menganggap kelebihan hasil dari usaha kita, Hakikatnya kita hanya pinjam semua itu, Menggunakannya secara percuma, Walau kita lalai padanya, Dia masih memberi rahmatnya pada kita, Mengurniakan nikmat Islam, Memberi rezeki pada kita, Menganugerah cinta dalam sanubari, Mendidik jiwa-jiwa yang gundah, Dan memberi ganjaran untuk jiwa-jiwa yang tenang, Wahai manusia semuanya, Betapa Allah cinta pada hambanya, Betapa Allah sayang pada kita, Tidak dia uji kita jika kita tidak mampu menghadapi ujian itu, Semuanya rahsia Allah, Kita hamba!! Jangan persoalkan, Kita hanya perlu menanti, Suatu masa yang dia sendiri akan tunjukkan pada kita hikmah disebalik ujiannya, Ya Allah, Engkau tuhan segalanya, Kau menguasai hati-hati manusia, Engkau juga mengetahui masa hadapan, Engkau yang be...

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita"(Surah At-Taubah Ayat 40)

Image
La tahzan!!!!!! innAllah hamaa'na!!!!! Apabila kita asyik termenung... Mengenang nasib disini.. Menyenang jauh mereka di sana.. Seronok !!! Dan penuh gembira .. Sedang kita disini bergejolak hati .. Melawan keinginan.. Mentafsir setiap kelakuan.. Dengan harapan disana apa kekosongan.. Namun semuanya hanya harapan.. Allah jua yang menentukan.. Kita hamba!!! Kita hanya perlu berusaha.. Agar keinginan kita di kabulkan.. Suatu masa.. Yang dia tentukan.. Namun, Kita masih gagal.. Melihat jauh kedepan.. Melihat segala kemungkinan.. Hinggakan ada.. Manusia-manusia yang silap menafsir.. Erti kebahagiaan.. Erti pengorbanan.. Dan juga erti ketenangan.. Aku melihat.. Ketenangan itu umpama air.. Mudah saja bergelora.. Mudah saja hilang kelembutannya.. Bila mana kelembutan angin menyapa.. Itulah perumpamaan yang sesuai disaat ketenangan itu ada.. Ia pergi dek kelembutan peribadi.. Ia pergi dek kesucian hati seseorang.. Ia pergi dek masa-masa bahagia yang terpaksa dilupakan.. Mengapa? Pokok per...

Ekpresi Hati

Huh.. Mengeluh saat hadirnya.. Gelisah dengan kedatangan nya.. Datang dengan mudah.. Pergi dengan payah.. Mengapa mesti cinta.. Andai diri belum cukup daya.. Kenapa harus sayang.. Andai diri masih lemah mengotakannya..   Terasa dunia bagai syurga yang penuh duri..   Indah tapi menyakitkan.. Cantik tapi membingungkan.. Umpama seekor ikan.. Saat sangkutnya di mata kail.. Jangan pernah dilepaskan.. Andai di bebaskan.. Khuatir sakitnya berpanjangan.. Saat jiwa terpaut.. Hendaklah ia di pertahankan.. Jangan biarkan ia pergi.. Tanpa usaha.. Suatu saat akan timbul penyesalan.. Ingat!!! Penyesalan!!! Tiada kata mampu mengungkap kata hati.. Hanya puisi yang sukar difahami ini.. Dia akan pergi.. Aku akan disini.. Menanti firasat hati menjadi realiti.. Saat itu.. Semoga pohon yang mati bisa berbuah kembali.. Hanya Allah yang berkuasa membolak balikkan hati kedua orang tuanya.. Supaya cerah melihat kehendak anaknya.. Tidak memaksa tanpa kerelaan hakiki hati mereka.. Tidak menilai piliha...