Posts

Showing posts from April, 2011

Bolek Tak?

Situasi pertama  A : Geng.. aku ada seorang couple ni. Aku geram sangat nak peluk dan cium dia. Boleh tak? B : Boleh. A : Betul ke ni? Best la kau ni. Orang lain cakap tak boleh. Tapi kau cakap boleh pulak. B : Boleh dengan syarat. A : Apa syaratnya? Aku sanggup lakukan demi nak peluk dan cium dia. (Dengan keadaan yang tergesa-gesa) B : Sekarang ni kau mampu tak sara hidup kau? A : Mampu. Kenapa? B : Sekarang ni kau rasa kau mampu tak nak hidupkan anak orang? A : Erm..... mampu. Kenapa? B : Kalau macam tu, Kau jumpa bakal bapak mentua kau, kau masuk meminang. Kalau kau dah tak sabar nak peluk dan cium dia. kau cakap kawin terus tak perlu bertunang. Barulah kau boleh peluk dan cium dia...Hahaha......(Ketawa jahat) A : Alah... =( B : Hahahahahaha (ketawa sangat jahat) Situasi ke-2 A : Kau rasakan. Babi boleh makan tak? B : Mana boleh makan!!!! Haram!!! ( Dengan nada mengherdik) A : Kalau tak boleh makan, macam mane ye dia nak hidup? B : ye tak ye jugak. k

Jangan Kahwini 6 Jenis wanita ni!!!

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.” Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Ye ke Ikhlas?

Image
Situasi pertama P : Jangan kau ganggu hidup aku lagi. Please lah. L : Eleh.. ye la tu.. lepas kau kikis semua harta aku. Kau nak lari lah... P : Kau tu yang bodoh!!! L : Memang dasar perempuan #**** Situasi kedua A : Kalau aku tak datang tolong, mesti mereka punya event tidak jadi punya...hahaha... B : Tak baik cakap macam tu. A : Betul la kan? Kalau aku tak datang tadi. Kau rasa event mereka berjalan lancar ke? Situasi ketiga  L : Jom keluar  makan.   P : Tak nak. Saya sibuk. L : ye ke sibuk. Ataupun sudi keluar dengan saya bila tak de duit je. Situasi keempat A : Thanks ya. Aku dapat 100% etika semalam. B : Huh.. A : Kenapa? B : Menyesal aku ajar kau. Aku tak dapat pun 100 %. A : Erm??? Demikianlah tadi 4 situasi yang cuba saya tunjukkan. Cuba pembaca sekalian bertanya pada diri. Adakah antara 4 situasi di atas pernah anda lakukan. Jika ya. Tanya pada diri anda. Ikhlaskah aku?  Apa itu "Ikhlas"? Erm... ramai antara kita yang sering tertanya-tanya tentangnya

Rindu

Calling mode...hahaha Di satu petang yang hening dengan pancaran cahaya matahari petang yang menguning... P : Assalamua'laikum. L : Waa'laikum salam... hehehe... P : Tu je??? erm... L : Kenapa? ada masalah ke? P : Tak de lah.. Abaikan.. L : Abaikan?? P : Yup!!! L : Kenapa ni? P : Lama rasanya tak jumpa. L : Ye ke? rasanya baru tiga hari. P : Rindu.... L : Ala.. kenapa tak cakap awal-awal. P : Saje nak didik sabar. L : ^^' baiklah. P : Jaga diri. L : Awak pun sama. Kalau demam makan ubat. Tak pun belah 4 pil tu. hahaha (ketawa dengan nada hiba) P : Baiklah, jangan banyak sangat minum milo time exam nanti. (dengan suara sayu) L : Jangan makan seafood. P : Ye.. L : (senyap) P : (senyap dengan leraian air mata) Isi tersirat : Hendaklah kita bersabar dan janganlah terlalu kerap mengungkapkan sesuatu yang ada di dalam hati kepada seseorang. Tunggulah hingga masa yang sesuai. Bertemulah kerana Allah, berpisah juga hendaklah kerana Al

Sedar

Image
Sedar!!  Sebelum terlambat, Sedar!! Sebelum semuanya terlewat, Lihatlah sekelilingmu, Tercemarnya alam, Tercemarnya budaya, Tercemarnya akhlak, Sedar!! Ayuh menuju perubahan, Sebelum semuanya terlewat, Kita masih punya peluang, Kita masih punya ruang untuk perbaiki, Segala silap, Segala khilaf, Jangan berputus harap, Ayuh kita mulakan, Kehidupan tanpa pencemaran, Kehidupan nyaman dengan budaya sihat, Kehidupan enak dengan akhlak yang mulia. Ditulis khusus untuk kempen kesedaran yang bakal diadakan di kolej TCS

Tentang Penulis

Salam ukhuah buat pembaca blog hamba yang serba kekurangan ini. Sekali lagi kita bersua di alam maya ini yang sesungguhnya merupakan medium buat kita semua bersama-sama sentiasa membaiki diri. Kali ini, terdetik di hati mahu menulis tajuk ini iaitu "Tentang Penulis". Namun, sebelum pembaca sekalian meneruskan bacaan, suka saya ingatkan bahawa setiap apa yang saya cuba sampaikan tidaklah berkaitan secara langsung dengan yang hidup mahupun yang telah mati. Setiap tulisan saya bukanlah juga untuk melawan tulisan penulis yang lain tetapi ianya adalah bertujuan memotivasikan saya sendiri yang sering melakukan khilaf. Mungkin juga gaya bahasa dan metafora yang saya gunakan hampir sama dengan penulis lain di luar sana. Tetapi harus diingat, setiap apa yang saya coretkan adalah apa yang saya fikirkan. Dan corak ayat yang saya gunakan sudah azali lagi memang sedemikian. "Tentang Penulis" ? Seperti yang saya bagitahu diawal tadi, terdetik di hati mahu menulis tentangnya iai

Jangan Mengeluh

Assalamua'laikum kepada semua pembaca blog hamba yang serba kekurangan ini. Selain, kurang dari sudut design juga kurang dari sudut ilmunya juga. Namun, bukan lah itu yang menjadi punca persoalan dengan tajuk yang bakal saya kupaskan kali ini. Namun, sebelum itu. bukanlah niat saya menulis entri ini untuk melawan entri seseorang. Bukan jua berrtujuan untuk mengambil perhatian pembaca. Sama seperti kebanyakan penulis diluar sana. Menulis kerana Allah. Dan saya suka pembaca sekalian membaca buah fikiran saya. Syukur saya panjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana usia blog hina ini hampir berumur 5 bulan. Blog ini dibuat akhir bulan desember tahun lalu. Walaupun usianya masih muda, bilangan pelawat agak ramai iaitu dalam lingkungan 100-150 pelawat sehari. Alhamdulillah. Mengeluh.... sering kali terungkap dari setiap bibir manusia. Walau siapa pun anda, pastinya anda pernah mengeluh kan? Mari kita sama-sama tengok ungkapan-ungkapan yang sering kali kita

Undur Diri

Undur Diri, Dikala resah dan punah segala harapan, Dikala lebur segala impian, Pergi, Takkan kembali, Pergi takkan menoleh lagi, Melangkah menjauhi, Bergerak sendiri, Maju dalam sepi, Melangkah dalam segan, Perbaiki dalam diam, Mencari dalam kelam, Tanpa api yang menerangi, Dalam leraian hujan, Di kala malam tanpa purnama, Dikala siang tanpa mentari, Pergi, Takkan pernah kembali, Cuba menyendiri mencari diri, Yang telah hilang dalam kebodohan, Yang telah pergi kerana khilaf, Yang takkan mungkin datang, Sekali lagi, Maafkan segala salah dan silap, Ampun kan segala dosa dan khilaf, Undur diri mencari ilahi, Agar jiwa mencapai ketenangan yang hakiki, Ini insan lemah lagi hina, Sentiasa silap sentiasa berdosa, Bukanlah nabi yang suci segalanya, Sering bangkit dalam payah, Sering tersungkur dan sering jatuh, Sering juga disalah faham, Juga sering menjadi punca permasalahan, Pergi, Takkan kembali, Pergi, Takkan menoleh lagi, Pergi, Dalam sepi, Dan pergi, Mencari diri. Semoga kalian memahami,

Maaf dan marah ???

Image
#Amaran : Sesiapa yang close minded di nasihatkan terus klik close button. Saya tak nak ada yang buat spekulasi.  A : Maafkan saya. Saya sedar semuanya salah saya.  B : Erm... tak mengapa... saya maafkan awak. Tapi janji jangan ulang lagi. A : Baiklah. Saya janji. Terima kasih sebab maafkan saya. Saya sedar, silap saya pada awak besar sekali.  B : Tak mengapa, siapalah saya mahu terus menyimpan dendam. Saya cuma insan biasa. Lagipun, manusia mana yang tak pernah buat silap. Hatta nabi pun pernah ditegur oleh Allah tau. Dirakam kan dalam surah abasa ketika nabi bermasam muka dengan salah seorang sahabatnya. (lupa pulak nama sahabat tu) A : Ye ke? Awak memang berhati mulia selain mempunyai ilmu agama yang tidak kurang hebatnya. B : Usahlah memuji saya. Semuanya datang dari Allah juga. Saya juga bimbang, kalau awak berterusan memuji saya. Saya takut timbul rasa riak. Iaitu suka menunjuk-nunjuk.  A : Maafkan saya sekali lagi. Saya tidak tahu. Sesungguhnya ilmu agama saya cetek.  B

Lirik Lagu Ungu Ikhlas (OST Soleha) Lyrics

Image
saat dunia berhenti berputar saat manusia tak sanggup lagi berharap ketika mentari tak sanggup lagi berjanji menyinari dunia yg tlah kau singgahi *courtesy of LirikLaguIndonesia.net mampukah kau untuk berbagi tanpa hasrat ingin diberi di hadapanNya di hadapanMu ya Allah reff: sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga tanpa ikhlas di hatinya sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmatnya tanpa tulus di hatinya [2x]

Pointer 3.5?? Istimewa sangat ke?

Hehehe... rasanya setelah lama berblog ni. Tak pernah pulak saya bagitahu nama penuh sayakan? Nama saya Zaidi bin Bujang. Kebiasaan orang panggil nama penuh saya je. Ianya bermaksud "kelebihanku". Ye ke lebih? Banyak cakap ada la kan. Namun, saya lebih senang dipanggil "zai" sahaja. Walau apapun panggilan, saya terima. Jangan nama yang pelik-pelik je ye. Pointer 3.5 ke atas? Erm, agak menarik untuk dibincangkan. Boleh bawa kontroversi kalau salah cakap ni. Walau apapun, ini hanya pendapat peribadi semata-mata. Tiada bersangkut paut dengan yang hidup,yang nak mati mahupun yang nak lahir. Hahaha... Seperti kita sedia maklum, bila sebut je pelajar yang dapat pointer 3.5 keatas ni, mesti diaorang tu bijak-bijak kan? Mesti dia orang pandai. Namun, kita mesti tengok cara mereka mendapatkan keputusan tersebut. Sesetengah dari kita ni ada yang menipu je lebih. Ya lakan, macam yang kawan saya cakap, sibuk sangat nak buat revision untuk tingkatkan markah sampai lupa nak ting

Senyum tak perlu kata apa-apa!!

Image
 Tengok la ayam ni... happy semacam je... Salam ukhwah buat semua pembaca dan juga pengikut setia blog ini. Kali ini saya bukanlah nak berpuisi mahupun bersajak namun sekadar mahu mengukir sedikit coretan buat tatapan semua. Sepertinya lama sudah tidak membiarkan jari jemari ini menaip entri. Kebelakangan ini jiwa hanya lebih tertumpu pada membuat bait puisi atau sajak. Namun kali ini, saya akan cuba sedaya upaya dengan ilmu yang sedikit ini dan juga iman yang tidak lah seperti kalian yang membaca entri ini namun saya tetap akan mengukir sedikit pandangan dan pendapat pada posting kali ini. Kerana : Sabda nabi Muhammad SAW, “Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat .” Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2, “Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya.”  Justeru, walaupun saya menyedari saya bukanlah orang yang layak untuk berbahas tentangnya. Namun dengan adanya dal

Dengan nafasmu_Unggu

Image
Izinkan ku ucap kata taubat, Sebelum Kau memanggilku, Kembali pada-Mu,  Menutup waktuku, Izinkan kuserukan nama-Mu, Sebelum nyawa dalam tubuhku, Kau ambil, Kembali pada-MU, Kerna ku tahu,  Hanyalah pada diri-Mu, Tempatku mengadu,  Tempatku mengeluh, Di dalam doaku, Dan demi nafas yang telah Kau hembuskan dalam kehidupanku, Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik, Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu, Adalah sebaris doaku untuk-Mu, Izinkan ku ucap kata taubat, Sebelum Kau memanggilku, Kembali pada-Mu,  Menutup waktuku, Kerna ku tahu,  Hanyalah pada diri-Mu, Tempatku mengadu,  Tempatku mengeluh, Di dalam doaku, Dan demi nafas yang telah Kau hembuskan dalam kehidupanku, Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik, Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu, Adalah sebaris doaku untuk-Mu  Dan demi nafas yang telah Kau hembuskan dalam kehidupanku, Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-

Andai aku di dunia Naruto!!

Image
 Andai aku di dunia anime, Akan ku jadi seperti naruto, Juga akan ku jagi seperti gaara, Sasuke juga apa kurangnya, Kalutnya naruto punya matlamat, Tenangnya gaara punya cita-cita, Jahatnya sasuke namun punya impian, Rebahnya naruto, Namun tetap bangkit, Biar tomahan dan sendiran menghampiri, Dia tetap melangkah menambah kekuatan, Aku ingin seperti itu, Membiarkan semua fitnah dan tomahan, Biar hati sering di uji, Tetap bangun mencari kekuatan disebalik rebah, Mencari semangat, Mencapai matlamat...... Tenangnya gaara punya cita-cita, Kepimpinanya aku kagumi, Asalnya disisih rakyatnya, Namun dia buktikan jua kemampuan dia melindungi mereka, Saat ini, Itulah aku!! Disisih dan dipinggir kerana tidak percaya, Mereka hanya lihat luaran namun tidak kemampuan, Bukanlah aku terlalu yakin dengan diriku, Sekadar memuji anugerah tuhan padaku, Sejahat sasuke, Namun dia masih punya impian, Biar buruk pandangan orang, Namun tuhan itu lebih tahu, Biar dituduh munafik, Namun tetap maju dengan dirinya

Matikan aku dalam Redhomu

Arh!!!! Sekali lagi aku coretkan isi hati, Sekali lagi aku hamburkan perasaan diri, Aku ini apa? Apa aku punya cita? Jika ia, Citanya apa? Aku seperti hilang dalam kekalutan diri, Sering rebah, Aku bangun sendiri, Punya teman tapi sukar memahami, Bila diluahkan menambah beban dalam hati, Sekali lagi aku merenung, Sekali lagi aku perhati, Sekali lagi aku muhasabah, Mengimbau kembali apa yang aku perbuat, Rupanya ego dalam diri menjadi punca, Lemahnya iman mengundang dusta, Lemahnya akal membawa sengsara, Namuin aku adalah aku, Itu bukan alasan untukku tetap rebah, Menunggu bulan jatuh ke riba, Ibarat menunggu durian runtuh, Tidaklah itu menjadi pegangan, Aku mesti perbaiki!!! Aku mesti maju!!! Melangkah dalam segan, Ku kuatkan jua, Demi Allah!!! Aku tidak ingin membiarkan jiwaku terus begini, Akan aku teruskan perjuangan, Kembali memimpin!!! Menjadi penggerak umat!!! Akan aku abaikan segala tomahan, Membiarkan mereka puaskan hati dengan umpatan dan fitnah, Bantulah aku ya Allah, Aku ham

Bersedialah Menghadapi Mati !!!

Image
Saat ini hati ku berdetak kencang mengingat mati. Langsung tidak aku peduli masalah lainnya. Kenapa ya? Ingin saja aku hilangkan gelisah ini... Justeru aku coretkan catatan ini buat peringati hati yang sering kali lupa dan ingkar dalam beribadat padanya. Firman allah dalam surah al-muddathir ayat 18 yang bermaksud: ‘apabila ditiup sangkakala, maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sukar’ Acapkali kita diingatkan perihal kematian namun, kita sering alpa dan melupakannya. Setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya. Firman Allah dalam kitab suci al quran juga yang bermaksud: ‘Di mana jua kamu berada maut akan mendapatimu’ ( SURAH ANNISAK AYAT 78 ) Bezanya kematian mana yang kita akan perolehi? Adakah husnul khatimah iaitu kematian dalam keadaan beriman atau su’ul khatimah iaitu kematian ketika melakukan dosa kepada Allah.Pembaca sekalian, cuba kita tanya pada diri kita sendiri adakah pernah kita mangingati mati,berapa kerap dan

Ciri - Ciri Orang Yang Mencintai Dengan Tulus

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah bisa memberikan alasan kenapa ia mencintai kamu, yang ia tahu dimatanya hanya ada kamu satu²nya. 2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,dimatanya kamu selalu yang tercantik/tertampan walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu merasa kegemukan . 3. Orang yang mencintai kamu selau ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, ia ingin tau kegiatan kamu. 4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi" "slmt hr mggu" "slmt tidur", walaupun kamu tidak membalas pesannya 5. Kalau kamu berulang tahun dan kamu tidak mengundangnya setidaknya ia akan telpon untuk mengucapkan selamat atau mengirim sms. 6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang ia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupa setiap detailnya, karena saat itu adalah sesuatu yang berharga untuknya