Pendahuluan : Sihir, Kesan dan Rawatannya

Assalamua'laikum pembaca sekalian. Pada kali ini saya ingin berkongsi berkenaan sihir, kesan dan perawatannya dalam masyarakat Islam. Saya terfikir untuk menulis berkenaan tajuk ini rentetan banyak berlaku gangguan makhluk halus dan sihir dalam kehidupan saya sendiri. Selain itu, segala yang saya taip disini akan dihantar kepada pensyarah saya sebagai kerja kursus Kelas pendidikan Islam. Bak kata pepatah "sambil menyelam minum air"...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Segala pujian adalah mutlak bagi Allah. Tiada tuhan yang berhak disembah oleh manusia melainkan Allah. Segala yang berlaku juga dengan kehendaknya. Kepadanya segalanya bermula dan kepadanya jua segalanya kembali. Tuhan yang maha hidup. Tidak tidur dan tidak juga mengantuk. Dialah yang berkuasa atas segala yang berlaku dan dialah jua yang maha menyembuh dan menurunkan penyakit. Dialah Allah yang telah menurunkan Al-quran untuk sekalian alam. Di dalamnya terkandung penawar kepada segala penyakit dan asas kepadasegala amalan.

Seterusnya solawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang telah memandu kita dengan petunjuk yang telah diturunkan demi kebahagiaan manusia.Tidak ketinggalan juga salam sejahtera keatas ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Al-Quran sebagai penawar? Tiada siapa yang mampu menafikannya lagi. Setelah ramai diantara musuh-musuh Islam cuba menafikan kemukjizatan Al-Quran akhirnya mereka tunduk di bawah kemuliaan dan kebenaran yang tercatit didalam Al-Quran. Berubat dengannya adalah satu yang diakui dan thabit didalam syariat Islam. Telah terbukti didalam lipatan sejarah dan kehidupan manusia bahawa tiada penawar yang ditemui dapat menyembuhkan secara berkesan melainkan setelah beriktiar dengan keberkatan dan kerahmatan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa. Maka, benarlah firman Allah: 

(82) Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Surah Al-Isra' ayat 82)

Nantikan Yang Sekanjutnya::::::::

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Serama

Balik Raya 2020