Rahsia cinta Sejati

Cinta itu,
Ianya umpama air,
Saat engkau menadahnya dengan tangan,
Ia takkan tumpah ketanah,
Saat kau menggenggamnya untuk memiliki,
Ianya akan mengalir dari celahan jari,
Itulah kesilapan yang sering kali kita lakukan,
Saat jatuh cinta,
Hati hanya ingin memiliki,
Hati hanya ingin menuntut,
Dan hati hanya ingin mengharap,
Cinta itu hanya akan pergi.
Seperti mengalirnya,
Air-air dicelahan jari..
Ianya hanya akan menyakitkan anda,
Cinta itu sifatnya bebas,
Anda boleh memberi tetapi tidak mengharapkan,
Anda boleh lafazkan,
Tetapi jangan keterlaluan,
Tanyakan!!
Tapi jangan meminta,
Biarkan ianya bebas mengalir dalam jiwa,
Biarkan secara fitrah,
Jangan dibebankan,
Jangan juga diabaikan..
Cinta itu juga menjaga,
Saling membantu,
Dan juga saling melengkap..
Namun biarkanlah ianya bebas,
Sehingga satu masa yang Allah tentukan,
Ambil ini sebagai kata-kata azimat
If you love someone, 
Set it free, 
If it comes back it's yours, 
If it doesn't, 
It never was.

Aku jadikan ini sebagai motivasi diriku yang telah leka mengejar cinta manusia yang penuh dengan tanda tanya. Semoga Allah tetapkan dia sebagai jodohku. Aku akan berhenti mengejar dan membiarkan dia secara fitrah. Dan aku mohon Allah kurniakan kekuatan dan ketenangan dalam hatiku dan juga dirinya agar kami terus berharap dengan cinta yang hakiki iaitu cinta pada Allah yang maha penyayang.

Comments

Popular posts from this blog

The secret behind the attack WTC 2001

Ayam Serama