Bersedialah Menghadapi Mati !!!
Saat ini hati ku berdetak kencang mengingat mati. Langsung tidak aku peduli masalah lainnya. Kenapa ya? Ingin saja aku hilangkan gelisah ini... Justeru aku coretkan catatan ini buat peringati hati yang sering kali lupa dan ingkar dalam beribadat padanya. Firman allah dalam surah al-muddathir ayat 18 yang bermaksud:
‘apabila ditiup sangkakala, maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sukar’
Acapkali kita diingatkan perihal kematian namun, kita sering alpa dan melupakannya. Setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya. Firman Allah dalam kitab suci al quran juga yang bermaksud:
‘Di mana jua kamu berada maut akan mendapatimu’
( SURAH ANNISAK AYAT 78 )
Bezanya kematian mana yang kita akan perolehi? Adakah husnul khatimah iaitu kematian dalam keadaan beriman atau su’ul khatimah iaitu kematian ketika melakukan dosa kepada Allah.Pembaca sekalian, cuba kita tanya pada diri kita sendiri adakah pernah kita mangingati mati,berapa kerap dan adakah kita menginsafinya? Sesungguhnya dalam agama kita, iaitu Islam cukup menggalakkan penganutnya supaya sentiasa mengingati mati. Bahkan dalam kitab suci kita sendiri terlalu banyak menyentuh mengenainya. Antaranya, firman Allah yang bermaksud:
‘setiap diri itu akan merasai mati’
( AL-ANKABUUT AYAT 57 )
‘setiap suatu pasti binasa kecuali dzatnya (Allah)’
(AL-QASHASH AYAT 88
Ingatlah akan mati. Sesungguhnya ia mencegah diri dari melakukan perbuatan dosa. Dan kita kena selalu ingat bahawa kegembiraan di dunia hanya bersifat sementara dan kita faham bahawa akhirat jua lah alam yang kekal abadi. Akhirnya, saya berharap coretan saya kali ini memberi keinsafan dalam diri saya sendiri dan jaga pembaca sekalian.

Comments
Post a Comment