Popular posts

Followers

Daun Mengkudu On Saturday, April 30, 2011

Situasi pertama 
A : Geng.. aku ada seorang couple ni. Aku geram sangat nak peluk dan cium dia. Boleh tak?

B : Boleh.

A : Betul ke ni? Best la kau ni. Orang lain cakap tak boleh. Tapi kau cakap boleh pulak.

B : Boleh dengan syarat.

A : Apa syaratnya? Aku sanggup lakukan demi nak peluk dan cium dia. (Dengan keadaan yang tergesa-gesa)

B : Sekarang ni kau mampu tak sara hidup kau?

A : Mampu. Kenapa?

B : Sekarang ni kau rasa kau mampu tak nak hidupkan anak orang?

A : Erm..... mampu. Kenapa?

B : Kalau macam tu, Kau jumpa bakal bapak mentua kau, kau masuk meminang. Kalau kau dah tak sabar nak peluk dan cium dia. kau cakap kawin terus tak perlu bertunang. Barulah kau boleh peluk dan cium dia...Hahaha......(Ketawa jahat)

A : Alah... =(

B : Hahahahahaha (ketawa sangat jahat)

Situasi ke-2
A : Kau rasakan. Babi boleh makan tak?

B : Mana boleh makan!!!! Haram!!! ( Dengan nada mengherdik)

A : Kalau tak boleh makan, macam mane ye dia nak hidup?

B : ye tak ye jugak. kalau dia tak boleh makan. Cam ne dia nak hidup. Hahaha....

Note : Babi boleh makan tetapi orang Islam tidak boleh makan babi.....

Pengajaran
Situasi pertama;
  1. Kita boleh lakukan apa saja tapi dengan syarat hendaklah dengan cara yang betul dan mengikut syara'.
  2. Kalau dah tak tahan sangat tu, cepat-cepat la kawin kalau tahu diri tu dah cukup syarat. tak la berlakunya zina dan yang seumpama dengannya.

Situasi Ke-2
  1. Dengar baik-baik apa yang orang tanya. Jangan terus membuat kesimpulan. Nanti tak pasal-pasal diri sendiri yang susah.
  2. Ni satu masalah orang kita ni. Sikit-sikit haram. Dalam kepala haram je tahunya. Kalau rasa diri tu belum cukup syarat nak keluarkan fatwa. Tak payah nak komen banyak pasal hukum. Tak lah sampai orang lain keliru dikemudian hari.
Itu saja untuk hari ni, Segala kekurangan mohon dimaafkan dan andai ada yang terasa. pertimbangkanlah apa yang telah disampaikan. ^^'

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments