Cinta


Cinta!!!
Cinta itu indah,
Cinta itu membutakan,
Cinta itu mempersonakan,
Cinta itu menyedihkan,
Cinta itu membahagiakan,
Cinta itu menyiksa,
Cinta itu memberi,
Cinta itu merampas,
Kata-kata cinta sering kali diungkap,
Dalam bait puisi,
Dalam Lirik lagu,
Dalam karya novel,
Juga dilakonkan menjadi drama tontonan,
Bahkan juga dalam firman tuhan,
Cinta itu luas maknanya,
Di bahagi pada dua dimensi,
Cinta sesungguhnya dan juga cinta fatamorgana,
Cinta sesungguhnya itu diertikan cinta yang hakiki,
Rasa takut bila akan hilangnya,
Rasa resah bila jauh darinya,
Akan hilang rasa curiga,
Sentiasa ingat padanya,
Juga sentiasa cuba menasihat,
Melihat ruang sebagai peluang untuk saling membaiki,
Sentiasa akur setiap ketentuan ilahi,
Juga tidak cuba merosak dan merobek jiwa yang dicintai,
Apabila melihatnya akan ingat kebesaran ilahi,
Apabila mendengar ucapannya,
Lidah lantas berzikir pada tuhan mengagungkan kebesarannya,
Apabila terfikir tentangnya,
Hati cuba bersabar dari mengungkap rindu,
Kerna...
Cinta sesungguhnya itu demi Allah,
Bukanlah atas dasar nafsu,
Juga bukan untuk mengisi keperluan,
Setiap harapan disandarkan pada takdir,
Tidak juga hanya menunggu bulan jatuh ke riba,
Juga dengan usaha agar suatu saat nanti bersama dalam redhonya,
Allah itu maha memberi,
Berdoalah agar suatu saat mereka yang engkau cintai menjadi jodohmu,
Kerna doa itu juga adalah usaha!!!
Dan sentiasa ingat Allah suka hambanya yang sentiasa berusaha,
Andai Allah tidak satukan,
Tiada hampa!!
Tiada kecewa!!
Tiada rasa kehilangan lagi,
Kerna,
Cinta sesungguhya itu telah disandarkan pada Ilahi,

Cinta fatamorgana itu hanya diawangan,
Hanya bermain  dalam alam fantasi,
Umpama melihat tasik dipadang pasir,
Disangka berair,
Rupanya kering,
Bahkan tidak menyuburkan,
Cinta fatamorgana disandar atas nafsu,
Juga semata-mata memenuhi perlu,
Kurang usaha dan juga doa,
Kerana cinta seperti itu,
Hanya sekadar suka-suka,

Ingatkah kita pada cinta Adam dan Hawa?,
Bertahun lamanya hidup bersama disyurga,
Namun,
Dikeluarkan kedunia akibat perbuatan mereka,
Bertahun lamanya merana didunia,
Akhirnya Allah temukan juga mereka diakhirnya,

Ingatkah juga kita dengan cinta Sulaiman terhadap Balqis?,
Di cabarnya Sulaiman agar dialihkan Istananya,
Hanya dalam sekelip mata,
Mampukah Sulaiman?
Sulaiman mohon pertolongan pada Allah,
Kerana dia mengerti,
Dia hamba,
Cintanya disandarkan pada yang menciptakan cinta,
Kerana ingin menjadikan Balqis seorang Islam,
Dia sanggup menerima cabaran itu,
Dikumpulnya bala tentera,
Akhirnya seorang manusia sanggup memikul tanggungjawab itu,

Wahai hati-hati yang mencintai,
Sandarkan cinta dan harapan pada yang menciptakannya,
Letakkan segala doa dan juga tawakal padanya,
Kerana Dialah yang memiliki hati-hati,
Dia bisa menguasainya,
Dia juga bisa membuatkan hati-hati saling mencintai......
^^"

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Serama

Balik Raya 2020