Gangguan Makhluk Halus? Bagaimana Mengatasinya?


A : Stop questioning myself !!!
B : Kenapa?
A : Entahlah awak. Saya merasakan saya begitu emosional. Sejak akhir-akhir ni, saya terlalu sensitif dan saya     mudah marah. Kadang-kadang saya meluahkan rasa benci saya pada seseorang. Saya rasakan ini bukan diri saya. Saya taknak terus begini. Kebencian hanya menghilangkan ketenangan dalam diri saya. Saya ingin tenang.
B : Erm... Apa masalah awak?
A : Jujur saya katakan. Sejak saya kerasukan hari tu. Saya seolah-olah hilang jiwa saya sendiri. Seolah-olah diri saya "double".. banyak jiwa dan pemikiran dalam satu jasad. Saya keliru!! Saya keliru apa yang saya fikirkan. Saya stress dengan keadaan yang macam ni. Saya ingin tenang. Tenang. Tenang. Tenang.
B : Awak.. Sesungguhnya kita punya Allah. Allahlah tempat kita berharap. Awak sendiri kan yang katakan pada saya. Sentiasa meletakkan harapan dan sandaran pada yang menciptakan ketenangan. Justeru, yakinlah, hanya Allah yang berkuasa dan sentiasalah berdoa supaya diberikan kekuatan untuk keluar dari kemelut ini. Banyakkan baca quran, zikir dan cuba amalkan mendengar bacaan-bacaan ruqyah. Awak nak? Saya boleh bagi ayat-ayat ruqyah kat awak.
A : Awak. Sejak kerasukan tu, saya merasakan bahawa saya benci mau baca quran. apatah lagi nak baca quran. Namun, hati saya ingin membaca quran tetapi kekuatan mau mencapai quran tu seolah-olah hilang.
B : Biasalah tu. Makhluk tu memang tak gemar kita baca quran. Bahkan kita akan merasa benci terhadap orang yang tidak sepatutnya kita benci. Mereka suka permainkan perasaan kita. Awak mesti kuat!! Awak mesti kuat melawan segala rasa kebencian awak. Jangan sampai awak merasa jauh daripada orang-orang yang Allah kurniakan ilmu-ilmu ruqyah. mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk bawa kita jauh daripada orang-orang sebegini. Kerana bercadang akan gunakan jasad tu selamanya.
A : Awak... Saya takut!! Saya bimbang!! Saya sedih!! Jiwa saya kosong!!
B : Justeru, awak isikanlah kekosongan jiwa awak tu denagn pengharapan dan keingingan untuk sembuh dari gangguan mereka. InsyaAllah, Allahlah yang berkuasa. Dia akan bantu hamba-hambanya yang beriman. Percayalah.
A : Saya telah usaha!!! tapi saya tetap rebah. Saya tetap kalah menguasai jiwa saya. Hati saya lemah. Saya mudah fikirkan perkara yang bukan-bukan.
B : Awak ingat tak kisah pengalihan istana Ratu Balqis. Ratu Balqis ni menurut sesetengah pendapat, dia adalah keturunan jin dan manusia. Bila nabi Sulaiman meminangnya, dia letakkan syarat. Apa syaratnya? Dia meletakkan syarat supaya nabi Sulaiman mengalih istananya ke sebelah istana nabi Sulaiman dalam sekelip mata. Kemudian, nabi Sulaiman pun mengumpulkan bala tenteranya yang terdiri daripada manusia,jin dan syaitan. Dia bertanya, siapakah yang mampu mengalih istana tersebut dalam sekelip mata. kemudian angkat seorang jin. Dia mengatakan aku tidak mampu untuk mengalihkan istana tersebut dalam sekelip mata tetapi mintalah pada ratu balqis agar dilewatkan sedikit masa. Namun, ratu balqis tidak menyetujuinya. Kemudian angkatlah seorang manusia lalu berkata "wahai Sulaiman, dengan kekuasaan Allah, aku mampu mengalih istana tersebut hanyaa setengah kelip mata sahaja." kemudian, bila tiba saat pengalihan istana tersebut, pengalihan itu pun berlaku dalam setengah kelip mata sahaja.
A : Apa kaitan cerita awak dengan masalah saya.
B : Erm.. manusia itu lebih hebat dan kuat berbanding jin dan syaitan. kuat dari segi mana? Kuat dari segi keyakinan dan pengharapan pada Allah. Justeru, saya yakin awak mampu mengatasinya. ianya bermula dari diri awak sendiri. Awak hendaklah memulakan langkah pertama dan apabila sudah mula jangan undur. teruskan. yakinlah.. Allah bersama kita. Andai awak merasa berat, persoalkan diri awak. "Aku seorang manusia, aku lebih kuat berbanding kalian!!" .. Itulah kuncinya, iaitu yakin pada diri. Bukanlah menyombong diri. Saya dulu, bila saya cuba mengatasi masalah sebegini, ramai yang salah faham. Mereka katakan saya ego, sombong dan terlalu yakin pada diri. bukanlah begitu yang saya fikirkan. Saya cuba mengatasinya. namun saya pekakkan telinga dan membiarkan mereka dengan teori-teori mereka. Alhamdulillah, Syukur pada Allah, sesungguhnya Allah itu lebih tahu apa yang ada dalam hati setiap hambanya. Awak yakinlah dengan diri awak. biarkan segala kata-kata yang berasas dari insan-insan yang tidak mengerti. Hidup awak diri awak, awak yang menguasai diri awak sendiri. Awak pernah bagitahu saya, kalau awak fikirkan apa yang mereka cakap itulah diri awak....
A : terima kasih atas nasihat awak, saya hargainya. Saya akan cuba. dengan nama Allah. makhluk tidaklah berkuasa melainkan dengan rahmatnya. Doakan kekuatan bagi saya.
B : InsyaAllah. Setiap selesai solat, nama awak tidak lepas dari lidah saya. Saya mohon agar Allah sembuhkan awk. Awak ceritalah segala masalah awak pada saya. Saya sedar awak tak boleh terlalu lama dekat dengan saya. ramai mata memandang. Banyak juga fitnah yang mereka nak lakukan. Justeru, saya nantikan setiap luahan masalah awak di inbox fb saya. Saya sedia mendengarnya. Jangan lah awak merasa berat. Saya sanggup membantu. Lawan segala kebencian awak. InsyaAllah.
A : Erm... InsyaAllah awak. Semoga Allah membantu.
B : ^^"

Saya menulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang kerap diganggu makhluk halus selama hampir 2 tahun... Saya mohon maaf andai ada jalan cerita yang hampir sama dengan yang hidup mahupun yang telah mati. Percayalah, setiap ayat dan persoalan yang saya gunakan adalah persoalan yang sering muncul ketika saya sendiri dalam pengaruh jin. Semoga, apa yang saya cuba sampaikan diambil manfaat..

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Serama

Balik Raya 2020