Gelisah Jiwa Kerana Cinta?


Aku kembali!!
Dengan jiwa lama dan personaliti baru,
Saat cinta menyuntik kejiwa,
Payah!!
Gundah!!
Leka!!
Dan lena dibuai alam fantasi yang direka,
Kenapa?
Kenapa bisa jadi begini?
Sedang cinta Allah ciptakan,
Sedang ianya juga Allah anugerahkan,
Ia juga Allah semaikan,
Sewajarnya  ia menyubur mekar,
Dalam hati dan jiwa insani,
Dalam diri setiap manusia yang mencintai,
Dan juga pada diri-diri yang sepi,
Bangun!!
Bangkit!!
Dengan azam dan cinta,
Jangan jadikan cinta sebagai alasan untuk rebah,
Tidak juga sebagai penghalang untuk maju,
Juga tidak menjadikannya sebagai seteru,
Kerana cinta itu anugerah Allah,
Satu perasaan yang indah,
Namun,
Kenapa ia sering menjadi sumber permasalahan?!
Dan juga sering membuatkan banyak jiwa tersungkur?!
Kadang meragut jiwa yang bernyawa?!
Sedar dan kembalilah pada Allah,
Allahlah yang menciptakan insan,
Dia memiliki semua hati-hati,
Dia juga berkuasa keatasnya,
Ikhlas dan letaklah harapan padanya,
Cinta pada bunga kan layu,
Cinta pada manusia kan mati,
Namun cinta pada sang pencipta selamanya,
Justeru letakkan cinta dan pengharapan sepenuhnya pada Allah,
Letakkan juga tawakal sebanyaknya pada pencipta hati,
Sandarkan segala keinginan padanya,
Mohonlah dan pintalah sebanyaknya,
Semoga keikhlasan dan sandaran pada pencipta,
Menjadikan hati lebih tenang,
Jiwa lebih tenteram,
Dan tindakan akan terkawal,
Semoga dengannya,
kita bisa bangkit!!
Sebagai umat yang kuat,
Sebagai tentera yang hebat,
Bisa juga menggoncang dunia,
Malah Mengguasai segalanya!!
Bangkitlah dari lamunan wahai jiwa-jiwa yang gelisah kerana cinta!!

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Serama

Balik Raya 2020