Jangan Mengeluh


Assalamua'laikum kepada semua pembaca blog hamba yang serba kekurangan ini. Selain, kurang dari sudut design juga kurang dari sudut ilmunya juga. Namun, bukan lah itu yang menjadi punca persoalan dengan tajuk yang bakal saya kupaskan kali ini.

Namun, sebelum itu. bukanlah niat saya menulis entri ini untuk melawan entri seseorang. Bukan jua berrtujuan untuk mengambil perhatian pembaca. Sama seperti kebanyakan penulis diluar sana. Menulis kerana Allah. Dan saya suka pembaca sekalian membaca buah fikiran saya. Syukur saya panjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana usia blog hina ini hampir berumur 5 bulan. Blog ini dibuat akhir bulan desember tahun lalu. Walaupun usianya masih muda, bilangan pelawat agak ramai iaitu dalam lingkungan 100-150 pelawat sehari. Alhamdulillah.

Mengeluh.... sering kali terungkap dari setiap bibir manusia. Walau siapa pun anda, pastinya anda pernah mengeluh kan? Mari kita sama-sama tengok ungkapan-ungkapan yang sering kali kita luahkan....

Erm... jangan mengeluh!!!

Kita bertanya : Kenapa aku tidak mendapat apa yang aku inginkan?

Quran menjawab :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

Kita bertanya : Kenapa ujian ini begitu berat?

Quran menjawab :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah ayat 286

Kita bertanya : Kenapa aku kecewa?

Quran menjawab :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

Kita bertanya : bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45

Kita bertanya : Apa yang aku dapat?

Quran menjawab :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...

- Surah At-Taubah ayat 111

Kita bertanya : kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

- Surah At-Taubah ayat 129

Kta berkata : Aku tidak mampu bertahan!!!

Quran menjawab :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

- Surah Yusuf ayat 12

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

Quran menjawab :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Sumber idea : http://www.sepaku.net

Saya mohon maaf andai ada ayat atau bahasa yang saya gunakan menyakiti hati pembaca. Namun, niat saya hanyalah berkongsi ilmu yang sejengkal ini. Semoga Allah sentiasa membantu kita menjadi lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

The secret behind the attack WTC 2001

Ayam Serama