Ku Sebut Namamu Saat Tenangku


Tiada bait kata yang mampu aku katakan wahai annisa,
Aku juga hamba,
Sentiasa mencari redhonya,
Kadang hati juga gelisah,
Mencari teman,
Namun teman yang dicari sering kali mengelak,
Bukan semulia Saidatina Khadijah mahupun Siti Fatimah yang aku cari,
Bukan jua sesuci Saidatina Maryam mahupun Halimatussadiah yang aku ingini,
Malah bukan annisa seteguh Saidatina Aisyah dan Sumaiyah yang aku dambarkan,
Kerana aku mengerti,
Diriku bukanlah siapa-siapa,
Untuk menagih cinta wanita seumpama mereka,
Aku tidak sehebat Sulaiman,
Aku juga tidak seteguh Muhammad,
Aku juga bukan motivator seperti Luqman,
Namun aku sentiasa cuba menjadi seperti mereka,
Setiap pandangan yang memandang,
Setiap bait kata yang mengata,
Pada tiap hati yang mentafsir,
Pada tiap jiwa yang melafaz,
Sering kali tersasar dari realiti maksud,
Sering juga terbabas dalam mentafsir,
Kadang menjadikan aku lemah,
Menyebabkan sudut pandang jadi keutamaan,
Yang tersurat juga tersalah lihat,
Yang tersirat pula tidak dimengerti,
Semoga iman di hati membantu,
Semoga kekuatan yang tinggal bakal meggoncang dunia,
Hanya dengan rahmatnya jua aku berharap,
Supaya suatu saat, 
Perasaan yang sama Allah titipkan,
Dalam jiwa-jiwa yang dipanggil annisa,
Aku sentiasa bermohon padamu ya Allah,
Tetapkan iman ku,
Tetapkan pendirianku,
Jadikan aku sekuat Muhammad,
Dalam menyebar risalah dan syariatmu,
Jadikan juga aku sehebat Sulaiman,
Yang bisa menguasai manusia dan jin,
Dan petahkan lah ucapanku seperti luqman,
Andai engkau ingin jadikan annisa itu sebagai JODOHku,
Tetapkanlah cintaku padamu dan juga rasulmu,
Semoga dengan mencintaimu dan juga Muhammad,
Aku juga tidak akan tergekincir saat aku mencintai manusia lainnya,
Andai hadirnya hanya sekadar perantara kebaikan untukku,
Engkau temukanlah dia dengan Adam yang benar-benar bisa menerima kekurangannya,
Kerana aku bisa menerima dia seadaanya. 
Engkau tuhan segalanya,
Engkau berhak mengatur qadarmu,
Semoga ketenangan yang engkau titipkan saat ini berpanjangan,
Sehingga akhir nafasku...

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Serama

Balik Raya 2020