Popular posts

Followers

Daun Mengkudu On Sunday, April 3, 2011

Salam semua,
(RUJUKAN UNTUK MEREKA YG BARU MENCUBA)
dengan pertambahan kesedaran penggunaan incubator dikalangan kelak kebelakangan ini, kita sering terlupa untuk belajar cara2 mendidik anak ayam ini apa bila menetas kelak. Apa yang dipikirkan dengan adanya incubator ini, bilangan anak yang dihasilkan diladang akan bertambah dan terancang. Hati sangat gembira kerana si ibu dapat menghasilkan lebih banyak telur untuk keluaran setahun. telur yang dikutip dijaga dengan baik dan melaksanakan semua peraturan dan tatacara penggunaanya, bila sampai masanya anak ayam pun menetas dengan jayanya.. sedikit perubahan pelik seperti kecacatan tidak dapat diterima seperti merasakan incubator ini tidak berkesan atau rosak..setiuasi ini sangat biasa bagi mereka yang kali pertama menggunakan incubator.. namun dari hari kehari pengalaman dapat ditimba dan semakin mahir denganya.. Cuma yang peliknya semua anak ayam yang lahir nampak tak sihat dan mati tak sampai sebulan dari ditetaskan? macam2 dilakukan namun tak berjaya.. setelah peratusan hidup melebihi umur 3 bulan menurun dengan mendadak, timbul kesangsian dalam diri tentang incubator sehingga meng'cop'kan semua anak incubator tidak bagus dan sangat lemah.. namun kita tidak sedari bahawa dgn menggunakan incubator, kita telah membuat penjanjian tak ramsi untuk menjadi ibu angkat bagi setiap ekor anak yg keluar..

Sebenarnya tugas gantian yang kita terima perlu dilakukan dengan bijak dan berkesan supaya semua anak ayam yg dibesarkan dididik dgn baik serta boleh berdikari. Segala keperluan semuajadi seekor anak ayam perlu dipenuhi dengan meniru persekitaran atau kebiasaannya.. Oleh itu espek penjagaan anak untuk anak ayam bagi sebulan pertama sangat kritikal, sama kritkal sebiji telur didalam incubator. Penyedian brooder yang baik sangat mambantu tugasan ini.
cara mudah membuat brooder

teman menggunakan brooder ciptaan teman yang sangat jimat, kalis air dan mudah dibasuh, saiz sederhana sesuai dgn saiz kapasiti incubator teman dan murah. kita hanya perlu menyediakan keperluan asas sahaja untuk membuatnya, gambar pertama di baris atas adalah 5 bijik kotak plastik pvc yang teman beli di pasaraya semasa ada offer dulu. anda perlu bersihkan kotak ini dan lapikkan dengan surat khabar lama untuk memudahkan kita membersihkan bila perlu. kemudian satu lapisan tisu diletakkan diatas surat khabar tadi. Tujuan tisu ini adalah untuk memberi lebih cengkaman kepada anak ayam ini ketika kali pertama menjejakkan kaki selepas keluar dari incubator. ketika ini kaki anak ayam sangat lemah dan sebarang tekanan keterlaluan atau kegagalan untuk berdiri tegak akan mencacatkan anak ayam ini selamanya. Tisu ini hanya digunakan sekali dan dibersihkan atau dikeluarkan selepas 3 hari keluar dari incubator dan diganti dengan lapik biasa.


kemudian sediakan bekas air biasa yang diisi dengan air biasa dengan suhu bilik, bukanya air suam atau air sejuk.. anak ayam seharusnya tidak mendapat kejutan suhu semasa kali pertama anak ini minum. Kita cuba adaptasikan persekitaran anak ayam ini mula2 minum semasa dididik oleh ibunya, adakah disediakan sebarang air suam atau air sejuk untuk anak ayam.. mereka biasanya minum air pada suhu bilik atau air biasa yang berada diluar rumah. kemudian taburkan dedak dengan kuantiti sedikit di atas lapisan tisu tadi dan bukanya dalam bekas makanan ayam biasa. ini hanya dilakukan untuk kali pertama ayam ini makan.


Lampu berkuasa 5 watt digantung didalam bekas plastik ini dan seeloknya ketinggian mentol ini untuk kali pertama atau hari pertama adalah sedikit sahaja tinggi dari kepala anak ayam ini. kiranya kalau nak diukur dengan jarak adalah hanya seluas ketebalan batang pensel sahaja. kalau anda perhatikan untuk kali pertama anda meletakkan anak ayam ini, mereka berkecenderungan untuk berkumpul serapat mungkin bersama dan berkumpul dibawah lampu. kelakuan ini bukannya kerana kesejukan semata atau boleh kita elakkan dgn menambah watt lempu tapi kelakuan ini adalah tindak balas ayam untuk berada dalam pelukan sesuatu untuk merasa selamat. dalam keadaan tabie.. anak ayam akan duduk diam dalam kepak ibunya sehingga berasa cukup kuat untukkeluar sekejap dan berterusan sehingga berani untuk bermain disekeliling ibunya. ketinggian lampu diubah mengikut minggu usia anak ayam ini, pada penghujungnya sebulan jarak mentol dengan anak ayam seharusnya pada setinggi 4 inci atau lebih demi melatih anak ayam 'memahami persekitaranya'

setelah semua persiapan siap, kita bolehlah memindahkan anak ayam ini dari incubator, sebaiknya pindahkan sedikit demi sedikit dahulu dan jgn biarkan ank ayam ini terlalu lama diluar tanpa bantuan cahaya.. anak ayam yang sudah cukup cergas dan dapat berdiri tegak dipindahkan ke brooder. mulut atau muncung paruh anak ayam itu direndamkan sedikit dibekas air supaya anak ayam ini tahu terdapat sumber air, anak ayam dibuarkan merasa air itu seketika dan biarkan dia mencari air itu sendiri dalam proses'belajar' berdikari. anak ayam akan mula mematuk2 makanan diatas lantai dengan sengaja kerana nalurinya. tujuan menaburnya untuk meningkatkan kebarangkalian anak ayam ini merasa dedaknya yang yang pertama. kemudian boleh lah kita meletakkan bekas didalam brooder ini.

anak ayam dibiarkan berada dalam lingkungan cahaya mentol sepanjang masa semasa berusia dibawah 2 minggu dan mpada waktu malam sahaja selepas itu.. setelah usia mencecah 1 bulan lampu hanya dipasang sekiranya hari hujan atau cuaca sejuk.. anak ayam kampung yang berusia 1 bulan sebenarnya masih kecil dan belum boleh berdikari untuk hidup bersendirian. sebolehnya lanjutkan usia anak ayam didalam brooder ini sehingga sebulan setengah(bagi ayam kacuk biasanya pada umur ini ayam sudah besar dan berbulu separuh penuh) selepas yakin dgn kecergasan anak ayam kita kena pindahkan ke reban asuhan luar rumah atau didalam reban..

Sumber : http://citypullagro.blogspot.com/2009/10/langkah-penting-menyambut-anak-ayam.html

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments