Maaf dan marah ???

#Amaran : Sesiapa yang close minded di nasihatkan terus klik close button. Saya tak nak ada yang buat spekulasi. 

A : Maafkan saya. Saya sedar semuanya salah saya. 

B : Erm... tak mengapa... saya maafkan awak. Tapi janji jangan ulang lagi.

A : Baiklah. Saya janji. Terima kasih sebab maafkan saya. Saya sedar, silap saya pada awak besar sekali. 

B : Tak mengapa, siapalah saya mahu terus menyimpan dendam. Saya cuma insan biasa. Lagipun, manusia mana yang tak pernah buat silap. Hatta nabi pun pernah ditegur oleh Allah tau. Dirakam kan dalam surah abasa ketika nabi bermasam muka dengan salah seorang sahabatnya. (lupa pulak nama sahabat tu)

A : Ye ke? Awak memang berhati mulia selain mempunyai ilmu agama yang tidak kurang hebatnya.

B : Usahlah memuji saya. Semuanya datang dari Allah juga. Saya juga bimbang, kalau awak berterusan memuji saya. Saya takut timbul rasa riak. Iaitu suka menunjuk-nunjuk. 

A : Maafkan saya sekali lagi. Saya tidak tahu. Sesungguhnya ilmu agama saya cetek. 

B : Owh, tidak mengapa. Semuanya masih boleh diperbaiki. Allah masih buka peluang buat kita sehinggalah nyawa terpisah dari jasad. Ingat Allah sentiasa beri peluang pada kita untuk bertaubat dan betulkan segala silap kita.

A : Saya kadang-kadang kecewa. Sebab, bila kita buat silap sekali. Orang-orang disekeliling akan lebih melihat perkara negatif yang kita buat. Walaupun kita dah minta maaf.

B : ^^' tak mengapa. Syaratnya awak dah minta maaf kan. Kalau dari sudut hukum. Awak tidak berdosa lagi dengan mereka. Hubungan awak dengan mereka telah selesai. Hanya tinggal hubungan mereka dengan Allah je lagi. Iaitu mahu memaafkan atau tidak. Walau apapun awak kena sentiasa jaga hubungan awak dengan manusia juga selain menjaga hubungan dengan Allah.

A : Baiklah. Saya sedar selama ini saya cuma menjaga hubungan dengan Allah. Saya kurang menjaga hubungan saya dengan manusia. InsyaAllah, saya akan cuba jaga hubungan saya dengan manusia selepas ini. Semoga saya mampu. Sabab saya ni kuat marah. Tu lah masalah sangat buat saya.

B : Walau apapun awak kena usaha. "Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk".(Hadis riwayat Abu Daud)

A : Hebat lah awak ni. Siap dalil lagi tu.

B : Tak de lah hebat sangat. Awak google je.

A : Ye ke...hahaha..

B : Selain tu..
"Daripada Abu Dzar, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah berpesan kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud:
Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring. "(Hadis riwayat Imam Ahmad) 
A : Terima kasih ya. Rasanya sekejap je saya duduk dengan awak. Banyak ilmu saya dapat. Memang tak rugi bercakap dengan awak. Saya kena balik ni. Mama sudah panggil suruh pulang makan. Hari ni menu kami semuanya udang. Dari udang goreng sampailah udang masak tak tau. Hahaha..
B : Baiklah, semoga Allah sentiasa merahmati kita.
A : Assalamua'laikum..
B : Waa'laikum salam.

Isi penting:
  1. Bila kita buat salah, minta maaflah dengan orang yang kita buat silap. Mereka nak maafkan  atau tidak. Itu urusan dia dengan Allah. 
  2. Marah? Cuba elakkan. Si B ada sebutkan cara mengawal marah.
  3. Jaga hubungan dengan semua orang walaupun orang itu banyak buat silap pada kita seperti si B. 

#Saya harap tiada salah faham dengan entri ini. Ini adalah cara saya untuk menasihati diri saya sendiri. Andai ada yang terasa, sy minta maaf. Allah sahaja yang lebih tahu niat diantara kita.

Comments

Popular posts from this blog

The secret behind the attack WTC 2001

Ayam Serama