Pointer 3.5?? Istimewa sangat ke?
Hehehe... rasanya setelah lama berblog ni. Tak pernah pulak saya bagitahu nama penuh sayakan? Nama saya Zaidi bin Bujang. Kebiasaan orang panggil nama penuh saya je. Ianya bermaksud "kelebihanku". Ye ke lebih? Banyak cakap ada la kan. Namun, saya lebih senang dipanggil "zai" sahaja. Walau apapun panggilan, saya terima. Jangan nama yang pelik-pelik je ye.
Pointer 3.5 ke atas? Erm, agak menarik untuk dibincangkan. Boleh bawa kontroversi kalau salah cakap ni. Walau apapun, ini hanya pendapat peribadi semata-mata. Tiada bersangkut paut dengan yang hidup,yang nak mati mahupun yang nak lahir. Hahaha... Seperti kita sedia maklum, bila sebut je pelajar yang dapat pointer 3.5 keatas ni, mesti diaorang tu bijak-bijak kan? Mesti dia orang pandai. Namun, kita mesti tengok cara mereka mendapatkan keputusan tersebut. Sesetengah dari kita ni ada yang menipu je lebih. Ya lakan, macam yang kawan saya cakap, sibuk sangat nak buat revision untuk tingkatkan markah sampai lupa nak tingkatkan iman agar tidak meniru masa exam. Kalau saya sendiri, memang tak respect dengan mereka yang macam ni. Pointer je tinggi, kejujuran tu? Macam mana? Kalau dah bekerja nanti macam mana pula? Nak menipu majikan? hahaha... berleter la pulak... kalau orang sarawak sebut berleter tu ngerepak......huhuhu....
Saya sendiri ni tak da lah tinggi sangat pointer. Cukup makan je. Tapi masih dalam lingkungan pointer 3 la. untuk semester n. Saya berazam untuk capai 3.5... Memandangkan subjek sem ini hakikatnya senang je. cuma test 1 dan test 2 tu agak teruk disebabkan malas. Huhuhu(jangan jadi malas tau, benda senang pun jadi susah)
Erm..... istimewa sangat ke dapat poniter 3.5 ni? Kita ni manusia. banyak pemikiran. Jadi tak sama la kan pendapatnya. Menurut saya sendiri, bila dapat pointer 3.5 ni amatlah istimewa. Antara sebabnya ialah:
- Lebih famous berbanding orang lain...(hahaha)
- Orang lebih yakin dengan kita
- Bila habis study nanti, mudahlah dapat kerja(InsyaAllah)
- Bila kawan-kawan tak tahu, diaorang akan cari kita bertanya. Bahkan benda tak patut ditanya pun mereka akan tanya. Contohnya:ada couple tak?? hahahaha......
Namun itulah yang sering berlaku kan? Tapi tak semestinya jugakan? Macam saya sendiri. pointer tak lah sampai 3.5.... tapi famous juga berbanding mereka yang dapat 3.5 (Mode:perasan sorang).. Ada juga yang percaya kat saya walaupun tak ramai. Ada juga yang bertanya soalan yang macam kat atas tu. bila lagi nak cari? Hahaha.... tak penting tu semua. Simple je saya jawab. Hahaha...
3.5
kau bakal menjadi milikku,
Akan aku perah segala otakku,
Takkan ku beri otak yang ku perah kat sesiapa,
Akan aku usaha!!
Akan aku dapatkan,
Walau sesusah manapun soalan tu nanti,
Aku akan bersedia.
Sempat juga nak berpuisi. Hahaha... walau apapun pandangan seseorang terhadap pointer 3.5 ni. Janganlah kita terus lemah semangat bila ramai yang diluar sana susah juga nak cari kerja walau dapat pointer sebaik ni. Mungkin juga sebab, majikan-majikan sekarang ni lebih berminat melihat skill. Sabab tu, kalau ada persatuan kat kolej anda, cuba ikut. Kalau boleh, anda sendiri yang mengetuai mereka. bila kita jadi ketua, kita lebih nanpak kekurangan kita. Masa tu lah kita perbaiki. Bila dah bekerja nanti, tak lah jadi masalah rumit kan. oleh sebab tu, jangan fokus pada pointer 3.5 j3. Fokus juga pada skill kerja.
Walau apapun, kita mestilah berusaha. Kalau tidak dapat juga pointer 3.5... itu tidak menjadi masalah. Sebab tu lah kita kena banyakkan bertawakal.. Biarlah segala pandangan buruk orang terhadap kita. Orang nak kata kita bodoh ka..orang nak kata kita bengap ka... biarkan mereka... yang penting pandangan Allah terhadap kita tetap baik. Kerana, Allah tidak melihat hasil yang kita usahakan tetapi Allah melihat sebanyak mana usaha yang kita buat. Oleh sebab itu, kita sebagai umat islam, mestilah meletakakan tawakal kita pada Allah. InsyaAllah.. Allah pasti bantu. Saya ni bukannya bagus sangat pun... Teruk saya ni... percayalah.... tapi saya sentiasa cuba manjadi yang terbaik.
Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.
Oleh sebab itu, walau seteruk mana pun anda rasakan diri anda. Bangkitlah dan terus maju. Jangan Sampai kita tergolong dalam orang-orang celaka yang nabi maksudkan. Sekian sahaja untuk entri kali ini. Mungkin lama lagi saya akan update blog ni. Final exam tak lama lagi.....
(Mode :Study)
Comments
Post a Comment