Sabar


A : Ya Allah, apa dugaan yang engkau beri padaku ya Allah?

B : Jangan cm tu... Semakin Allah duga semakin Allah sayang.

A : Tapi, aku stress denga ujian mcm ni... aku tidak mampu!! hati aku sakit!!

B : Semakin hati kau sakit, hakikatnya engkau semakin kuat!! ingat!!!

A : Masa depan aku boleh gelap kalau terus macam ni. Aku tak boleh study.. aku tak boleh nak buat perkara yang aku biasa buat dulu... hati dan perasaan aku berbalik pada dia je.. huh...

B : Jangan mengeluh... Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita.

A : Itu aku tahu... tapi aku masih tidak mampu.

B : Banyakkan berdoa. Tetapkan segala pengharapan pada Allah.

A : Aku sentiasa tetapkan harapan aku pada Allah tetapi aku tidak faham apa lagi yang kurang.

B : Kau belum cukup berserah. Sebab tu kau masih kalah. Kalah dalam menyahut ujian Allah.

A : Aku mencintai dia. Aku ingin kahwini dia. Aku juga ingin biarkan dia sehingga aku mampu kahwini dia.

B : Jodoh itu Allah yang atur.. baguslah kalau kau berniat mau biarkan dia.. sekurang-kurangnya kau cuba
letakkan sandaran cinta kau pada saluran yang betul.. Ingat, kasih sayang itu umpama air. Ia tak tetap di satu tempat. Ia boleh berubah-ubah.

A : Tapi bagaimana caranya? Aku buntu!! aku malu untuk teruskan hidup. Lebih-lebih lagi bila dianggap seorang yang tidak diterima. Boleh kata lelaki reject la. Huh..

B : Jangan mengeluh.. Allah akan bantu selagi kau berusaha untuk cari ketenangan itu. Di reject seorang perempuan itu kecil nilainya. Namun di reject Allah tiada maknanya lagi kau terus hidup. Ingat.. carilah redho Allah. Aku lihat, kau solat bila ada masalah je. Munngkin Allah taknak kau terus dengan kelakuan cm tu.

A : Erm.. aku akui itu... hati aku sentiasa bergetar ingin bertaubat. Namun, kau lihat sendiri suasana rumah aku. Aku sedih dengan keadaan keluarga aku. Mereka tak solat. Aku malu untuk solat di rumah. Walaupun aku bekas pelajar smka, aku tidak mampu untuk bawa keluarga aku solat.

B : Erm...itulah punca segala masalah kau. Sering meninggalkan solat. Selagi kau solat.. kau akan sentiasa tenang. Yakinlah. Bila kau tidak meninggalkan solat, hati kau akan sentiasa tenang.. Kau akan terima siapa jodoh kau. Kau akan mudah meninggalkan perempuan yang kau katakan sangat cinta tu. Bab jodoh ni, biarlah masa yang menentukan. Mungkin hari ini, dia keluar dan melafazkan cintanya pada orang lain, besok belum tahu lagi. Semuanya urusan Allah.. Allah yang pegang semua hati-hati. Mohonlah pada Allah, supaya Allah buka pintu hatinya untuk mencintai kau suatu hari nanti... Jangan putus-putus berdoa.. Kalau kau benar-benar ingin jadikannya sebagai permaisuri kau suatu hari nanti.

Kesimpulannya..
  1. Jadikan solat dan doa sebagai ubat hati yang gelisah kerana cinta. Huhuhu...
  2. Jangan solat bila ada masalah je.
  3. Letakkan harapan dan sandaran pada Allah.
  4. Jodoh tu biar Allah yang uturkan namun ko rang pun kena usaha sikit.
  5. Kalau sayang tu, buktikan.
Sgala watak dan jalan cerita tiada kaitan denga yang mau hidup kau pun yang mau mati...hahaha

    Comments

    Popular posts from this blog

    Ayam Serama

    Balik Raya 2020