Senyum tak perlu kata apa-apa!!


 Tengok la ayam ni... happy semacam je...

Salam ukhwah buat semua pembaca dan juga pengikut setia blog ini. Kali ini saya bukanlah nak berpuisi mahupun bersajak namun sekadar mahu mengukir sedikit coretan buat tatapan semua. Sepertinya lama sudah tidak membiarkan jari jemari ini menaip entri. Kebelakangan ini jiwa hanya lebih tertumpu pada membuat bait puisi atau sajak. Namun kali ini, saya akan cuba sedaya upaya dengan ilmu yang sedikit ini dan juga iman yang tidak lah seperti kalian yang membaca entri ini namun saya tetap akan mengukir sedikit pandangan dan pendapat pada posting kali ini. Kerana :

Sabda nabi Muhammad SAW,
“Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat .”

Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2,
“Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya.” 

Justeru, walaupun saya menyedari saya bukanlah orang yang layak untuk berbahas tentangnya. Namun dengan adanya dalil ini, ianya menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyampaikan ilmu walaupun ianya hanya sekelumit jari. 

Berbalik kepada tajuk. Senyum?Senyum itu adalah Sunnah nabi dan kita sebagai umatnya seharusnya mengikuti nabi sepertimana firman Allah :

“sesungguhnya telah ada pada diri RasulluLLAH itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu)bagi orang-orang yang mengharap(rahmat)ALLAH dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH”(al-ahzab:21)

Terdapat banyak faedah dan kelebihan yang bakal kita perolehi melalui senyum. Contohnya, akan semakin ramai yang suka menghampiri kita. Kerana senyum ni sifatnya lembut (bukan pondan ye). Maksudnya hati yang membatu pun boleh cair seperti ais di bawah matahari. Seperti mana firman Allah :

“sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)..

Justeru, banyakkan senyuman. Walau setinggi manapun masalah yang kita hadapi kita harus jadikan senyuman sebagai kebiasaan dalam menjalani kehidupan. InsyaAllah, dengan senyuman kita dapat menyembunyikan apa yang tersirat dihati. Hati ni Allah yang pegang, namun kita sendiri yang menjalaninya dengan kehendak Allah. Justeru, jagalah hati kita. Jangan sampai ternoda oleh hasutan-hasutan duniawi. Dunia ini sifatnya sementara. Bila mati nanti, 3 perkara je yang kita bawa ke kubur :
1.    Amalan baik
2.    Sedekah jariah
3.    Doa anak solleh

Erm...rasanya lari tajuk dah ni... Biasalah kan, saya memang selalu lari dari tajuk. Namun, isinya tetap ada. Berbalik kepada senyum. Kebiasaan dari kita bila berhadapan dengan seseorang yang tidak disukai, kita akan lebih cenderung bermasam muka. Sedangkan nabi tidak mengajar kita sebegitu. Walau siapapun yang berhadapan dengan kita walau setinggi manapun masalah yang dihadapi, kita hendaklah sentiasa senyum. 

Diriawayatkan bahawa pada suatu hari Uyainah bin Hisn memasuki tempat RasulluLLAH SAW.Sementara dia termasuk dikalangan bangsa Arab yang beperangai kasar ,ketika uyainah sudah sampai di hadapan baginda,maka baginda tersenyum kepadanya.Masalah ini telah disebutkan Aisyah RA.: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan baginda Nabi.Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dalam kerabat dan anak dalam kerabat”.Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk,baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.*.
Ketika orang itu sudah pergi ,Aisyah berkata kepada baginda: “Wahai RasulluLLAH ketika melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”..Kemudia baginda bersabda “Wahai Aisyah,bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.” (diriwayatkan Al-Bukhari)
*.Al-khataby berkata tentang makna hadis ini:Hadis ini dikompromikan dari sudut adab dan ilmu.Sabda Nabi SAW tentang diri umatnya tentang sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut GHIBAH.Ghibah berlaku diantara sebahagian orang dari umat islam terhadap sebahagian yang lain.Yang memang harus dilakukan baginda adalah menjelaskan dan mengungapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang baginda terhadap umatnya.Tetapi kerana baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik ,maka baginda memperlihatkan wajah yang beseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan dengan orang yang tidak disukainya.baginda bertindak sebegitu agar umat Islam meniru perbuatan baginda,agar dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat dari kejahatan dan tipu daya…(lihat di kitab FATHUL-BATI,10/469).(copy paste tanpa edit dari blog paradigma)

Sekian saja entri saya untuk kali ini. Mesti sedikit isi yang kalian dapatkan. Seperti yang saya bagitahu di awal tadi. Ilmu saya tidaklah menggunung tinggi. Sedikit je. Walau apapun. Saya nak berpuisi sedikit sebelum pengakhir entri ni.

Senyum,
Dikala gembira dan resah,
Membawa jiwa menyentuh nikmat tenang,
Walau tsunami datang,
Walau gempa bumi sekalipun,
InsyaAllah ketenangan akan menjadi milik kita,

Itu saja la puisi entah apa2 dari saya. Skian saja.  (Mode: Agak gembira bila melihat seseorang yang dibimbangi selama ini sudah boleh menulis semula di blognya)

Comments

Popular posts from this blog

The secret behind the attack WTC 2001

Ayam Serama