Tentang Penulis

Salam ukhuah buat pembaca blog hamba yang serba kekurangan ini. Sekali lagi kita bersua di alam maya ini yang sesungguhnya merupakan medium buat kita semua bersama-sama sentiasa membaiki diri. Kali ini, terdetik di hati mahu menulis tajuk ini iaitu "Tentang Penulis". Namun, sebelum pembaca sekalian meneruskan bacaan, suka saya ingatkan bahawa setiap apa yang saya cuba sampaikan tidaklah berkaitan secara langsung dengan yang hidup mahupun yang telah mati. Setiap tulisan saya bukanlah juga untuk melawan tulisan penulis yang lain tetapi ianya adalah bertujuan memotivasikan saya sendiri yang sering melakukan khilaf. Mungkin juga gaya bahasa dan metafora yang saya gunakan hampir sama dengan penulis lain di luar sana. Tetapi harus diingat, setiap apa yang saya coretkan adalah apa yang saya fikirkan. Dan corak ayat yang saya gunakan sudah azali lagi memang sedemikian.

"Tentang Penulis" ? Seperti yang saya bagitahu diawal tadi, terdetik di hati mahu menulis tentangnya iaitu berkenaan diri saya. Hal ini berikutan, ramai yang diluar sana sering salah tafsir tentang diri saya. Bahkan ada sebahagiannya berlakon dan memaki saya semata-mata ingin cuba membaca apa yang saya fikirkan. (berdasarkan pengakuan mereka).

Zaidi bin Bujang. Itulah nama saya sejak dilahirkan dan takkan mungkin berubah hingga saya ke liang lahad. Ibu saya berasal dari Simunjan,Sarawak dan ayah saya berasal dari Kuching,Sarawak. Maknanya, saya memang anak jati Sarawak. Dari sudut salasilah keturunan, saya berketurunan Cina-Melayu. Datuk saya berketurunan Cina dari keluarga "Tan" dan nenek saya seorang melayu berbangsa " Dayang". Saya dilahirkan pada tahun 1991. InsyaAllah tak lama lagi umur saya genap 20 tahun. Andai Allah panjangkan umur. Ayah saya bukanlah seorang alim ulamak dan bukan juga seorang pekerja professional. Dan ibu saya juga hanyalah seorang suri rumah. Saya mempunyai 5 orang adik. 3 orang perempuan dan 2 orang lelaki.

Itu adalah sedikit berkenaan ahli keluarga saya. Berkenaan diri saya pula. Saya merupakan seorang yang biasa-biasa sahaja. tidaklah mempunyai banyak kelebihan walaupun maksud nama saya ialah "kelebihanku". Pada tahun 1998-2000 saya bersekolah di Sk Sejaie, Simunjan. Saya tinggal dengan keluarga disana. Namun, pada tahun 2000, kami sekeluarga terpaksa berpindah ke bandar Kuching atas sebab gangguan makhluk halus. Sejak itu, saya menyambung sekolah rendah saya di SK Pajar Sejingkat dari darjah 3 hingga 6. Selepas mendapat keputusan UPSR, saya menyambung sekolah menengah di SMK(A) Matang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Di sana saya telah banyak menimba banyak ilmu pengetahuan agama. Habis SPM, saya melanjutkan pelajaran di Technology College Sarawak iaitu tempat saya belajar sekarang dalam jurusan perakaunan.

Bekenaan peribadi, Saya boleh jadi sesiapa pun. Saya boleh jadi seperti seorang alim. Saya juga boleh menjadi seperti seorang ahli sains. bahkan saya juga boleh menjadi seperti seorang yang amat garang. Saya juga boleh menjadi seperti seorang technician juga boleh seperti seorang perawat. Namun, saat ini saya menjadi seperti seorang penulis. Saya boleh jadi seiapa pun dalam sekelip mata. Bergantung pada masa dan keadaan. Namun, saya amat lemah bila rapat dengan wanita. Justeru, bukanlah saya menyombong diri kerana kurang rapat dengan wanita-wanita tetapi cuba mencgah diri daripada melakukan kesilapan. Apabila saya rapat dengan seseorang yang dipanggil hawa, diri saya seolah-olah lain. Saya sukar mengawal diri saya. Kadang saya begini dan kadang saya begitu. Mungkin, sesiapa yang pernah rapat dengan saya tahu sikap saya ini. Namun, tidaklah saya sampai ambil kesempatan terhadap anak gadis orang ya. Saya rasakan itulah kelemahan terbesar yang ada dalam diri saya dan memungkinkan saya cuba untuk menjauhi wanita-wanita hingga tiba masa seru (kawin). Saya menceritakan hal ini agar pembaca sekalian sedikit sebanyak faham tentang kelakuan saya. Dan saya juga berharap, tiada salah faham berlaku. Jujur saya katakan. Saya menulis entri ini dalam keadaan yang terpaksa. Kerana kebelakangan ini ramai mereka diluar sana memandang serong terhadap apa yang saya lakukan. Dan kemungkinan juga apa yang saya tulis ini bakal menjadi permasalahan juga. Namun, akan tetap saya teruskan juga tulisan ini.

Saya tidak yakin apa yang saya sampaikan ini boleh buat pembaca sekalian faham tentang diri saya. Bukanlah saya menagih simpati atau perhatian. Saya cuma meleraikan persoalan-persoalan mereka diluar sana melalui tulisan kerana mereka yang saya maksudkan tidak sudi mahu berjumpa bahkan bercakap dengan saya. Mungkin mereka belum bersedia. Namun, saya berharap agar suatu hari nanti Allah membuka pintu hati mereka supaya terdetik dihati mereka untuk menegur saya. Kerana bersemuka itu lebih baik daripada beromunikasasi dengan sms dan facebook. Berdasarkan pengalaman, masalah yang diselesaikan tanpa bersemuka ibarat tikus membaiki labu. Semakin cuba diselesaikan semakin bertambah masalah. Tapi itu juga terpulang kepada cara kita menangani masalah tersebut.

Sekian sahaja tulisan saya kali ini. Semoga apa yang saya cuba sampaikan mudah difahami. Dan anda boleh terus berhubung dengan saya jika anda masih tertanya-tanya. Inya Allah, saya bercadang entri yang akan datang saya ingin menulis tentang 'Cara berkomunikasi" InyaAllah dengan kudrat yang Allah berikan dan juga ilmu yang sedikit yang saya ada. Saya akan cuba menyiapkannya. ^^'

Comments

Popular posts from this blog

The secret behind the attack WTC 2001

Ayam Serama