Popular posts

Followers

Daun Mengkudu On Tuesday, April 12, 2011


Apa ertinya aku sebagai Islam,
Andai diriku masih leka daripada mencari redhonya,
Apa ertinya aku memeluk Islam,
Andai aku masih mengabaikan tangungjawabku sebagai hambanya,
Apa ertinya aku mengaku Islam,
Andai kehidupan Islam tidak aku perbuat,
Apa ertinya aku dalam masyarakat Islam andai dakwah tidak aku lakukan,
Apa ertinya!!!!
Merenung sejenak menyingkap misteri hati,
Melangkah jauh mencari realiti,
Ungkapan dimulut hendaklah dibuktikn dengan hati,
Bukan sekadar pembuktian dengan kelakuan,
Tetapi mestilah juga dengan ihsan pada Tuhan,
Kembalilah kepada Allah,
Ingat lah setiap rahmat yang dia kurniakan,
Ingat juga setiap apa yang ada pada kita adalah pemberiannya secara percuma,
Terima kasih Allah atas segala kurniaan,
Terima kasih juga atas iman yang engkau titipkan,
Terima kasih juga atas segala didikanmu,
Terima kasih Allah Atas segala-galanya,
Permudahkanlah segala urusan kami,
Untuk mencapai redhomu,
Untuk melakukan segala amanahmu,
Untuk hidup dalam syariat Islam,
Serta melebarkan syariatmu,
Wahai teman,
Awasilah diri di zaman ini,
Rintangan tiba harus dihadapi,
Teguhkan diri,
Cekalkan hati!!

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments