Undur Diri

Undur Diri,
Dikala resah dan punah segala harapan,
Dikala lebur segala impian,
Pergi,
Takkan kembali,
Pergi takkan menoleh lagi,
Melangkah menjauhi,
Bergerak sendiri,
Maju dalam sepi,
Melangkah dalam segan,
Perbaiki dalam diam,
Mencari dalam kelam,
Tanpa api yang menerangi,
Dalam leraian hujan,
Di kala malam tanpa purnama,
Dikala siang tanpa mentari,
Pergi,
Takkan pernah kembali,
Cuba menyendiri mencari diri,
Yang telah hilang dalam kebodohan,
Yang telah pergi kerana khilaf,
Yang takkan mungkin datang,
Sekali lagi,
Maafkan segala salah dan silap,
Ampun kan segala dosa dan khilaf,
Undur diri mencari ilahi,
Agar jiwa mencapai ketenangan yang hakiki,
Ini insan lemah lagi hina,
Sentiasa silap sentiasa berdosa,
Bukanlah nabi yang suci segalanya,
Sering bangkit dalam payah,
Sering tersungkur dan sering jatuh,
Sering juga disalah faham,
Juga sering menjadi punca permasalahan,
Pergi,
Takkan kembali,
Pergi,
Takkan menoleh lagi,
Pergi,
Dalam sepi,
Dan pergi,
Mencari diri.
Semoga kalian memahami,
Suatu yang kalian sedari jauh disudut hati.

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Serama

Balik Raya 2020