Ye ke Ikhlas?
Situasi pertama
P : Jangan kau ganggu hidup aku lagi. Please lah.
L : Eleh.. ye la tu.. lepas kau kikis semua harta aku. Kau nak lari lah...
P : Kau tu yang bodoh!!!
L : Memang dasar perempuan #****
Situasi kedua
A : Kalau aku tak datang tolong, mesti mereka punya event tidak jadi punya...hahaha...
B : Tak baik cakap macam tu.
A : Betul la kan? Kalau aku tak datang tadi. Kau rasa event mereka berjalan lancar ke?
Situasi ketiga
L : Jom keluar makan.
P : Tak nak. Saya sibuk.
L : ye ke sibuk. Ataupun sudi keluar dengan saya bila tak de duit je.
Situasi keempat
A : Thanks ya. Aku dapat 100% etika semalam.
B : Huh..
A : Kenapa?
B : Menyesal aku ajar kau. Aku tak dapat pun 100 %.
A : Erm???
Demikianlah tadi 4 situasi yang cuba saya tunjukkan. Cuba pembaca sekalian bertanya pada diri. Adakah antara 4 situasi di atas pernah anda lakukan. Jika ya. Tanya pada diri anda. Ikhlaskah aku?
Apa itu "Ikhlas"? Erm... ramai antara kita yang sering tertanya-tanya tentangnya. Berdasarkan pemahaman saya sendiri, "ikhlas" adalah sesuatu yang dibuat “tanpa mengharapkan ganjaran sama sekali”. Manusia tidak punya hak untuk mengatakan mereka ikhlas kerana keikhlasan hanya diketahui oleh Allah sahaja. Nabi Muhammad pernah ditanya "apakah" Ikhlas "dapat dilihat"? Nabi Muhammad berkata: "keikhlasan umpama seekor semut merayap di atas batu hitam di sebuah gua yang gelap". Ini bermakna bahawa "Ikhlas" sangat sukar dikesan bahkan oleh diri seseorang itu sendiri. Ada sebuah kisah tentang "Ikhlas" pada zaman Nabi Muhammad. Seorang badwi bertanya kepada Nabi, Apa itu "ikhlas"? nabi berkata: Jumpalah Abu Bakar dan khabarkan kepadanya. "Aku telah mengatakan bahawa dia tergolong dalam golongan ahli neraka". Badwi tersebut kemudian berjumpa dengan Abu Bakar yang sedang berzikir dan mengatakan apa yang nabi telah bagitahu. Namun, Abu Bakar terus berzikir tanpa memperdulikan apa yang dikatakan olehnya. Kemudian Badwi tersebut terus mengulang apa yang telah diucapnya. Akhirnya Abu bakar mengatakan kepadanya. “Aku hanya hamba, tidaklah aku beribadah untuk mendapatkan syurga mahupun menjauhi neraka”. Lantas Badwi tersebut terkejut dengan kata-kata Abu Bakar tadi. Walaupun benar apa yang diungkapkan, namun Abu Bakar tetap terus berzikir dan beribadah kerana Allah. Itu bererti, ia melakukan semua ibadah itu hanya untuk Allah. Tanpa memikirkan balasan yang bakal Allah berikan.
Kita lihat situasi pertama yang saya sediakan diawal tadi. Kebanyakan daripada kita apabila putus cinta atau bercerai amat suka mengungkit apa yang telah diberikan. Janganlah begitu hendaknya.
Imam Ali as: jika ada yang berbuat baik padamu, maka ingatlah ia, namun jika engkau berbuat baik (kepada orang lain) maka lupakanlah (Ghurarul Hikam hadis no 4000 dan 4001)
Begitu juga dengan situasi yang kedua. Menganggap jika dirinya tiada maka tiadalah berlaku sesuatu perkara baik tersebut.
Imam Nawawi berkata : "Ketahuilah bahawa keikhlasan akan terdedah dengan penyakit ujub. Sesiapa kagum dengan amalannya akan terbatal amalannya"
Bagaimana pula situasi yang ketiga? Berfikiran negatif bila perlawaannya ditolak. Kita kena ingat, tak de orang yang dapat memenuhi kehendak kita sepanjang waktu. Jadi tak perlulah berkata seperti yang sorang tu kata. Tak baik menuduh begitu. Itu fitnah nama nya.
"Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - Al Baqarah ayat ke 191
Situasi keempat pula bagaimana? Yang ni agak jarang berlaku. Tapi ada juga berlaku. Saya serahkan pada pembaca sekalian untuk menilai sendiri situasi keempat....
P/s : Seperti biasa, ingin saya ingatkan segala yang saya tuliskan tidaklah berkaitan secara terus dengan peribadi seseorang. Saya mohon maaf andai ada yang terasa dengan tulisan ini. Percayalah, saya sendiri pun sedang cuba menjadi yang lebih baik. Justeru, melalui penulisan ini ia akan menjadi langkah pertama buat diri saya sendiri khususnya untuk mencapai apa yang telah saya sampaikan. Semoga tulisan ini juga membawa manfaat buat pembaca juga. ^^'
Comments
Post a Comment