Apa aku akan buat?

Assalamua'laikum sidang pembaca sekalian. Syukur kita panjatkan pada sang pencipta ruang dan masa kerana saat ini kita masih lagi berkesempatan bersua mungkin juga masih sempat bergurau senda. Mungkin juga ada antara kita saat ini sedang menghadapai sakaratul maut dan mungkin juga ada yang sedang menambah saham untuk sama-sama ke syurga. Kali ini tajuk entri agak menarik. Apa yang harus aku buat? Apa masalahnya ni? Sampai nak buat sesuatu pun pening-pening kepala. Sebenarnya, saya nak berkongsi apa yang patut kita lakukan apabila kita sering kali diganggu makhluk halus atau mungkin juga saat makhluk itu mengganggu. Saya rasa cukup terpanggil untuk berbicara tentangnya. Saya akan mengemukakan pendapat berdasarkan pengalaman peribadi semata-mata. Bukanlah berdasarkan hadis atau dalil Al-Quran. Skop gangguan pula adalah sekitar gangguan emosi dan jiwa.
  1. Membanyakkan solat-solat sunat.
  2. Sentiasa mengalunkan nasyid Asmaul husna.
  3. Perbanyakkan membaca Al-Quran
  4. Membaca ayat qursi setiap kali hendak tidur sebanyak tiga kali.
Bagaimana pula semua yang diatas sukar hendak dilakukan. Biasanya, kalau sudah mendapat gangguan, semua yang diatas amat berat untuk diamalkan. Justeru, pembaca sekalian hendaklah :
  1. Kawin kalau dah mampu.
  2. Elakkan diri daripada jatuh cinta.
  3. Jaga pergaulan antara lelaki dan wanita.
  4. Jaga pandangan mata.
  5. Banyak-banyak minum air kelapa.
  6. Jangan suka makan tulang.
  7. Kalau badan dah bergegar tu, cepat-cepatlah berwuduk.
Erm...rasanya setakat itu saya mahu kongsikan.. Mungkin pendek, agak banyak juga isinya. Kebelakangan ini, mood menulis agak lari dari jiwa. Sebab tulah malas mau hurai. Walauapapun, semoga bermanfaat. Dan sekali lagi saya ingatkan, itu adalah berdasarkan pengalaman peribadi semata-mata. Apa yang baik, ambil apa yang silap, tegur. ^^"

Comments

Popular posts from this blog

The secret behind the attack WTC 2001

Ayam Serama