Anak ayam-ayam kampung


Assalamua'laikum pembaca sekalian. Kali ni saya nak berkongsi sedikit tentang haiwan peliharaan saya ni iaitu AYAM. Hahahaha... ayam ni dah ibarat kawan paling rapat saya dah.... hari-hari saya pergi jenguk diaorang kat reban. Yang video tu adalah rakaman bertarikh 23/4/2011. Lama juga dah tu. Semua anak ayam tu besar-besar dah. Semuanya ayam kampung milik saya ada 16 ekor semuanya. Ayam kacukan daging hitam ada 2 pasang. Semalam ada 9 biji telur ayam menetas. So, bertambahlah bilangan kawan ayam ni...hahaha... bila cakap tentang ayam ni, merekalah tempat akau melepaskan segala stress aku. Bila aku rasa stress, aku akan masuk dalam reban. Raban ayam aku bersih tau. Hari-hari aku bersihkan. Sebelum aku pergi kolej, aku akan bersihkan ayam-ayam aku. Bagi diaorang makan dan tukar air minuman diaorang. Air minuman diaorang mesti bersih. Nanti, bulu diaorang cantik. Aku dah kenal pasti beberapa anak ayam yang ada potensi untuk dijual dengan harga RM 200 seekor. huhuhu... mahal tu. Tu baru ayam kampung.
Belum lagi ayam serama kan. Buat masa ni aku belum ada benih ayam serama. Bimbang juga nak pelihara ayam tu. Sebab ayam yang aku pelihara sekarang ni jenis ayam sabung. Nanti habis mati diaorang kena sabung. Huhuhu... Tentang ayam kacukan kepunyaan aku, seronok tengok diaorang. Badan diaorang besar dan tegap. Kalau besar nanti ayam sabung pun belum tentu hidup kalau aku sabungkan. Jangan salah faham ye. Tak delah aku sabungkan ayam. walaupun ramai yang ajak aku sabung ayam. Pernah ayam aku terlepas. Dia bunuh seokor ayam sabung orang. Dia punya taji panjang 2 inci. Tajam macam jarum. Bukan setakat ayam, manusia pun sampai berbalut ayam aku sabungkan. tapi yang hairannya, ayam-ayam aku tu tak pernah pulak sabung aku. Takut kot.....kalau dia sabung aku, aku tak kasi makan. hahahaha... itu saja lah berita tentang ayam .........

Comments

Popular posts from this blog

The secret behind the attack WTC 2001

Ayam Serama