Gangguan Jin
Assalamua'laikum pembaca sekalian. Kali ini saya nak bercerita sedikit pengalaman sendiri berkenaan gangguan makhluk halus. Memang sejak dulu lagi, gangguan makhluk halus ni kerap kali berlaku dalam keluarga saya. Entah kenapa. Namun bukanlah tujuan saya untuk menceritakan semua kisah tersebut. Saya cuma ingin menceritakan apakah kebiasaannya akan kita rasakan apabila jasad dikuasai makhluk yang dipanggil jin ni.
Kali ini saya tidak bercerita berdasarkan hadil atau ayat Al-Quran. Tetapi ianya hanyalah pendapat dan pengalaman diri semata-mata.
Perasaan :
Apabila kita dirasuk atau jasad kita dikuasai oleh makhluk yang dipanggil jin. Kita masih menyedari setiap apa yang kita perbuat. Namun, kita hanya menjadi permerhati atas setiap apa yang kita lakukan. Kita gagal menguasai setiap tindakan kita. Tidak dinafikan juga. Ada segelintir dari kita apabila dirasuk, mereka masih mampu mengawal diri mereka. Namun, kadang-kadang mereka juga akan dikuasai. Apabila anda mengalami ini. Anda hendaklah cuba menenagkan jiwa anda. Kemudian cuba kuasai otak anda. Kenapa otak? Kerana otaklah pusat segala saraf. Walaupun anda dirasuk, saraf tetap menjalankan tugasnya. Oleh itu, tenangkan diri dan cuba kuasai otak anda atau lebih tepat kuasai minda anda. Bila kita bercakap tentang minda. Banyak rahsianya. Antara nya ialah melembutkan besi yang keras. Anda boleh rujuk kisah nabi Daud yang terkenal dengan besi.
Fikiran :
Kebiasaannya, apabila kita diganggu jin. Fikiran kita akan berserabut. Seolah-olah dalam diri kita mempunyai banyak jiwa dan pemikiran. Hal ini akan menyebabkan anda acuh tak acuh. Hari ni anda akan cakap lain besok pula lain. Bergantung kepada kemampuan anda mengawal emosi. Kadang-kadang anda akan merasa benci terhadap seseorang. Bagi yang perempuan, setelah mereka kena rasukan, kebiasaannya mereka akan sangat membenci lelaki yang paling rapat dengannya. So, kenalah bersabar kalau hal ini berlaku pada anda lelaki. Dalam hal ini, sebenarnya tidaklah mereka membenci. Mengikut pengalaman saya sendiri. Kadang-kadang saya rasa saya sangat bencikan perempuan. Tetapi jauh dilubuk hati bertanya : kenapa aku boleh jadi macam ni? tak baik macam tu. Itulah sebahagian yang kebiasaannya berlaku. Contoh lain, seseorang itu akan suka menunjuk-nunjuk kebaikannya. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya kalau boleh saya nak semua orang tahu apa sumbangan saya terhadap kolej saya ni. Namun, jauh disudut hati berkata : Ikhlaskan diri!!! Semua itu sementara. Ianya datang dari Allah juga. Justeru itu, cara nak mengatasinya ialah. Jaga hati anda!!! Dengan Solat dan zikir pada Allah. InsyaAllah... Anda akan menguasai sepenuhnya emosi anda.
Kelakuan :
Kebiasaan yang kita tengok apabila kerasukan ialah mengamuk. Kadang-kadang orang yang kena rasuk akan bersilat. Bagi yang perempuan pula, mereka biasanya hanya ketawa atau menangis. Kekuatannya pula kadang berlipat kali ganda. Pernah suatu masa dulu, apabila saya terkena rasukan, kekuatan saya seolah-olah sepuluh orang lelaki. Kalau kena penampar saya masa tu walaupun sedikit.. orang tersebut akan merasakan sakitnya 3 hari. Saya berani cakap macam tu, sebab pernah seorang perempuan yang terkena sedikit sahaja limpasan tangan saya ketika kerasukan. dan pernah juga seorang lelaki cuba karate saya. Saya cuma sepak kakinya sedikit sahaja. Sakitnya berpanjangan. Namun, kelakuan seseoarang yang kena rasuk bergantung kepada jenis jin yang berada dalam badannya. Cara mangatasinya juga sama seperti yang pertama sekali saya sebutkan kat atas.
Pandangan keseluruhan
Rasukan ni berlaku tak semestinya anda seorang yang lemah semangat. Kerasukan berlaku apabila jiwa anda terlalu kosong. Tiada apa-apa dalam jiwa. So, kenalah selalu isikan jiwa anda dengan zikir dan Al-Quran. Saya amat memahami, sekali anda kerasukanbukan mudah bagi anda nak menyemtuh Al-Quran. Anda akan rara malas,panas,gelisah dan banyak lagi perasaan negatif. Tapi percayalah. Semua itu hanya helah makhluk tu agar anda sentiasa jauh daripada Allah. Justeru, anda harus yakin bahawa setiap yang berlaku itu dengan izin Allah dan setiap kekuatan, kesembuhan dan mudharat juga dengan izin Allah. So, kuatkan diri anda untuk mencapaai Quran dan baca. Mengikut pengalaman saya sendiri. Memang berat rasanya nak capai Quran. Namun, setelah mula membaca ayat-ayat quran, hati anda akan tenang dan segala perasaan negatif tadi akan hilang. Akhir kata dari saya... Jagalah amalan anda. Jangan sesekali tinggal solat. Dan jangan sesekali cuba untuk berbuat maksiat terutamanya jagalah hubungan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kerana syaitan ni akan lebih banyak bersama kita apabila kita selalu dekat dan hampir dengan seseorang yang tidak halal buat kita. Wallahua'lam.....
Nota : Dibuat khas buat rakan-rakan yang ingin tahu berkenaan rasukan makhluk halus. Tiada kena mengena dengan sesiapapun. Semuanya pengalaman peribadi saya sendiri. Entah kenapa kali ni terdetik nak menceritakannya pada semua orang. InsyaAllah ada hikmahnya. Semoga pembaca sekalian dapat mengambil sedikit pengajaran darinya.

Comments
Post a Comment