“Harapan”(Bahagian pertama)
Assalamua’laikum sidang pembaca blog hamba yang hina ini. Terima kasih kerana masih lagi sudi membaca setiap tulisan hamba. Dan terima kasih banyak-banyak kepada 2 orang pengunjung daripada Kuching,Sarawak yang sentiasa melihat perkembangan blog hamba hampir setiap hari bagi yang menggunakan window 7, browser internet explorer dan juga pengunjung wanita yang mengunakan window xp, browser mozilla. Saya tidak mengetahui niat sebenar kalian, namun saya berharap, kalian berdua tidak menyalah tafsir setiap tulisan saya. Dan saya juga berharap tiada pembaca yang mengatakan ini kepada saya “jangan berpura-pura baik, hentikan segala lakonan dan tunjukkan perangai sebenar awak!!!”. Kerana sebaik manapun anda, you don’t have right to say that word. Kerana ayat ini, saya hampir tergelincir dari Agama Islam. Dan saya juga hampir memilih jalan yang tidak diredhoi Allah. Syukur. Allah telah menyelamatkan saya melalui ilmu dan iman yang dianugerahkannya. Walauapapun, bukanlah niat saya untuk berbahas tentangnya. Kali ini saya ingin berkongsi satu coretan yang saya sendiri tulis sebagai renungan buat diri saya sendiri khususnya. Saya sendiri tidak menyangka. Mampu juga saya menulis kisah ini. Hahahaha... terasa begitu gwang pulak..... BTW selamat membaca.
**********************************************************************************
“Harapan”(Bahagian pertama)
Dikala petang yang menguning sepi. Zack terimbau kembali kisah yang berlaku beberapa bulan yang lepas. Suatu masa yang takkan pernah dilupakannya. Pasti ianya menjadi suatu masa yang amat perit dan mungkin juga suatu kenangan terindah yang pernah berlaku dalam hidupnya.
Kisahnya bermula sejak dia mengenali seorang gadis. Seorang gadis yang cantik bukan sahaja dari luaran bahkan juga batinnya. Zack amat tertarik dengan gadis tersebut. Dia mula meminati gadis itu melalui penulisan gadis tersebut di blognya. Sungguh cantik gaya bahasa yang digunakannya. Lembut tetapi berbisa. Zack termenung seketika. Setiap apa yang disampaikan oleh gadis tersebut merupakan apa yang difikirkannya sejak sekian lama. Seperti suatu kebetulan mengenali seseorang yang mempunyai pemikiran yang lebih kurang sama dengan dirinya.
Zack memang sedari dulu lagi merupakan seorang ‘blogger’. Tetapi sejak dia lupa password untuk dia log in ke blognya, dia terus berhenti menulis. Zack juga amat arif dalam berbahasa. Berpuisi dan bersajak merupakan suatu perkara yang biasa buat dirinya. Namun, puisi dan sajak yang dibuatnya hanya untuk renungannya sahaja. Tidak di publish ke khalayak ramai kerana dia menyedari tulisannya tidaklah sehebat mereka yang ada diluar sana. Justeru, dia merasa rendah diri.
Zack juga merupakan pengerusi sementara Persatuan Pelajar Islam di kolej tempatnya belajar. Dia dilantik bagi menggantikan pengerusi lama yang baru berpindah. Tugas pertama yang dia kena selesaikan sejak dia memikul amanah tersebut ialah mengadakan sebuah perkhemahan ibadah. Perkhemahan tersebut sememangnya sudah lama dirancang. Tetapi entah apa silapnya tarikh perkhemahan tersebut sentiasa ditunda. Zack kena “cover” semua tugas yang ditinggalkan oleh pengerusi lama. Dia merasa sedikit kecewa dengan sikap segelintir pelajar dan juga pensyarah. Semasa pemilihan pengerusi dulu, ramai yang memilih sekadar melihat luarannya sahaja, tetapi tidak kemampuan. Zack sememangnya seorang yang tidak suka berpura-pura. Dia tunjukkan dirinya yang sebenar. Cara berpakaiannya dan penampilannya memang akan membuatkan orang lain tidak menaruh harapan untuk dia memikul amanah tersebut.
Setelah selesai perkhemahan tersebut. Penasihat persatuannya mengajak dia dan beberapa orang teman yang merupakan ahli jawatankuasa persatuan pelajar Islam berbincang mengenai persatuan di suatu tempat makan.
“Apa kata kita masukkan penulis buta menjadi ahli kita.” Cadang salah seorang rakannya bernama Syukur.
“Penulis buta? Siapa dia? “ Zack bertanya.
“Dia tu seorang blogger. Hasil tulisannya cukup menarik.” Sampuk seorang lagi kawannya bernama Syafiq.
“Erm, boleh juga tu. Awak cuba hubungi dia sekarang. Tanya kat dia, dia sudi tak sertai kita.” Arah penasihatnya, Sir Rahman.
“OK set... dia setuju.”
Penulis buta!! Nama tersebut memang sudah lama bermain-main dalam fikirannya. Seingatnya, dia pernah terlihat nama tersebut di ‘group’ badan dakwah. Namun, dia abaikan sahaja. Kerana dia tidak mengenali siapakah penulis buta tersebut. Setelah balik daripada perbincangan tersebut.Terdetik dihati Zack untuk mengenali siapakah penulis buta yang dimaksudkan. Dia log in ke account facebooknya dan terus melihat wall group badan dakwah. Dia membaca ‘link’ yang penulis buta tersebut letakkan di group. ‘Mengumpat ibarat makan daging sendiri’ Itulah tajuknya. Agak menarik untuk dibaca. Zack sememangnya sudah jelas mengenai hukum mengumpat. Dia baca juga artikel tersebut bagi menambah ilmu pengetahuannya. Setelah selesai bacaan, hatinya tertanya-tanya, siapakah dia. Zack pun menyemak profile facebook penulis buta tersebut. Rupanya dia seorang perempuan. Lantas Zack pun “add” dia sebagai kawan di alam mayanya.
**********************************************************************************
“Assalamua’laikum.” Zack hantar satu mesej di chattingbox facebook gadis tersebut.
“Waa’laikum Salam, terima kasih kerana sudi add saya ye.” Balas gadis tersebut.
“Erm, sepertinya awak mengenali saya? Kita pernah bertemu sebelumnya?” Zack mula bertanya.
“Ya, saya mengenali awak lama dah. Kita kan satu kolej.”
“Maafkan saya kerana tidak perasan kat awak masa di kolej. Sememangnya saya agak dikenali juga ye di kolej?”
“Awak ketua pelajar Islam kat sini kan?”
“Ya, macam mana awak tahu? Tapi tu Cuma sementara. InsyaAllah akan dibuat lantikan semula nanti. Saya Cuma mengganti ketua lama dulu yang pindah kolej.”
“Owh.. Macam tu ye.’
Setelah lama ber “chatting” mereka pun sama-sama mengundur diri kerana malam pun sudah tua. Sepanjang malam tersebut, Zack terfikir. “Gadis sebaik dia tidak padan dengan aku yang serba kurang ni.” Zack mengeluh mengenang keadaan dirinya yang serba kurang dan sering menjadi punca masalah.
**********************************************************************************
Hari berganti hari. Peperiksaan akhir semester sudahpun bermula. Untuk peperiksaan kali ini, Zack merasakan dirinya belum cukup bersedia. Tidak seperti semester yang lalu. Entah kenapa, dirinya merasakan demikian. Mungkinkah kerana sifat malas yang sedang cuba menguasai dirinya atau mungkin terlalu sibuk cuba mencari cara mengatur semula sistem pengurusan dalam persatuannya. Selain itu dia juga sibuk dalam pemilihan ahli ‘student council’ di kolejnya. Semuanya menjadi faktor penyebab. Namun, Zack tetap cuba sedaya upayanya untuk memastikan pointernya tidak jatuh terlalu merundum.
Semasa di dalam dewan peperiksaan, terlintas di fikiran Zack tentang penulis buta. Sejujurnya, dia belum pernah bersemuka dengan gadis tersebut. Waktu tu, peperiksaan ‘marketing’. Dia teringat dengan kata-kata gadis tersebut melalui chatting di facebook tempoh hari.
“Kita sama kelas tau.”
“Sama kelas? Kelas apa?”
“Kelas marketing.”
Zack tergamam sebentar mendengar kata-kata gadis tersebut. Dia tidak pernah menyangka, gadis yang berada dalam benak fikirannya rupanya sekelas dengannya. Zack juga merupakan seorang yang amat ‘alert’ dengan keadaan semasa. Dia banyak mengetahui perkara yang berlaku di kolejnya. Hinggakan dia sentiasa menjadi rujukan teman-temannya. Entah kenapa, teman sekelasnya yang dikenali sebagai penulis buta itu dia langsung tidak perasaan akan kehadirannya. Menurut gadis tersebut juga, dia seringkali duduk menghadap Zack. Hal itu membuatkan Zack lebih hairan. Agaknya Allah belum mahu dia mengenali gadis tersebut lebih awal. Zack cuba memujuk dirinya.
Zack keluar lebih awal dari dewan peperiksaan. Baginya, soalan-soalan yang diberi agak senang dijawab. Di luar dewan peperiksaan dia terlihat seorang gadis. Lalu dia menegurnya.
“Assalamua’laikum.” Zack memulakan bicara.
“Waa’laikum Salam.” Jawab gadis tersebut.
“ Macam mana exam? Ok?”
“Alhamdulillah, semuanya agak baik.”
“Kalau keluar awal dari dewan peperiksaan ni ada dua je sebab. Pertama sebab terlalu senang dan kedua sebab terlalu susah. Bila senang cepatlah jawapan diberi. Bila susah, mudah juga mengalah.”Zack memanjangkan perbualan.
“Agaknya begitula kan.” Jawab gadis tersebut sambil tersenyum.
“ Saya minta diri balik dulu ye.”
“Baiklah. Hati-hati”
Sepanjang perjalanan balik, Zack teringat kembali gadis yang dikenalinya sebagai penulis buta itu. Kenapa hatinya kuat mengatakan bahawa gadis yang bercakap dengannya tadi ialah penulis buta yang dimaksudkan. Tiba je di rumah, Zack terus mencapai laptopnya dan log in ke account facebook. Perkara pertama yang dilihatnya ialah gambar penulis buta yang terdapat dalam galeri account facebook gadis tersebut. Jangkaannya tepat sekali. Gadis yang bercakap dengannya diluar dewan peperiksaan tadi merupakan penulis buta yang dimaksudkan. Namun masih terdapat sedikit keraguan dalam dirinya. Dia abaikan sahaja keraguaan tersebut. Mungkin kerana masih banyak lagi ‘paper’ lain yang sedang menunggunya keesokan hari.
**********************************************************************************
Secara keseluruhannya, Zack merasakan peperiksaan yang lepas merupakan peperiksaan yang mudah. Hal ini kerana, dia menyedari keadaan dirinya yang sudah mula mengabaikan buku dan pelajaran namun, masih tetap boleh menjawab setiap soalan yang diberikan. Zack mengagak pointernya tetap ‘maintain’. Mungkin agak ‘drop’ tetapi tidaklah kurang daripada 3.0.
Sepanjang cuti semester, Zack hanya menghadap laptopnya sahaja. Kalau dah menghadap laptop, pastinya dia akan ber’facebook. Demikianlah rutin hariannya sepanjang masa cuti. Hampir setiap hari, Zack chatting dengan gadis yang dikenalinya sebagai penulis buta itu.
“Erm, rasanya setelah lama kenal awak di facebook ni, saya belum tahu lagi nama awak. Siapa nama awak?”
‘”Nama saya Damia. Awak boleh panggil saya Mia.”
“Nama yang cantik. Nama saya Zack.”
“Sebenarnyakan, saya dah lama kenal awak. Cuma awak tu je yang tak perasan akan saya. Dulu masa saya sem 3 kita pun sama kelas tau. Kelas Institusi Islam.”
“Tak perasan juga saya tau. Maafkan saya tentang tu.”
“Saya ingat lagi masa pembentangan kelas Intitusi Islam tu, awak je yang bersemangat masa buat pembentangan. Sebab tulah saya tahu nama awak. Agak lain daripada orang lain. Selain tu saya memang alert dengan keadaan terutamanya rakan sekelas.”
“Maafkan saya. Saya betul-betul tidak menyedari kehadiran awak. Kalau boleh saya cuba sedaya upaya saya agar tidak melihat perempuan. Sebabnya, saya ni mudah suka kat seseorang. Buat masa sekarang ni, niat saya cuma nak belajar. Bukanlah hal yang selainnya.
Demikianlah sedikit perbualan antara Zack dan Damia ataupun penulis buta. Sejak hari itu, hati Zack tidak sabar-sabar untuk ‘online’. Dia sendiri bukanlah seorang yang suka ber’sms ataupun berchatting. Entah kenapa setiap kali dia online, dia akan tercari-cari Damia. Zack mula mengagak yang dirinya mungkin sudah jatuh hati kat Damia. Zack paling tidak suka memendam perasaan. Dia menghantar pesan ke inbox facebook Damia.
“ I fall in love. I fall in love in your writting.”
Sebenarnya, Zack masih ragu dengan perasaannya. Oleh sebab itu, dia hanya menghantar pesan sedemikian.
“Buat terkejut je awak ni. Terima kasih sebab suka dengan hasil tulisan saya. Ada juga yang suka dengan penulisan saya.” Damia membalas mesej Zack.
Zack hanya tersenyum membaca balasan daripada Damia. Setelah beberapa minggu, Zack merasakan dirinya benar-benar sudah jatuh hati kat Damia. Namun, dia merasa malu untuk mengungkapkannya. Akhirnya Zack menghantar satu mesej di inbox facebook Damia.
“Ahibba’ “
Ringkas je mesej yang Zack hantar. Dengan harapan Damia akan membalasnya dan juga memahaminya. Ahibba’ tu merupakan satu ayat dalam bahasa arab yang bermaksud ‘saya cintakan awak’. Namun, setelah beberapa hari, mesejnya tidak juga berbalas. Zack dengan rasa kecewa, bertanya kenapa tidak membalas mesejnya? Namun, masih juga tidak berbalas. Akhirnya Damia menjelaskan sebabnya tidak membalas mesejnya. Damia mengatakan bahawa terlalu banyak mesej yang masuk ke inboxnya. Hinggakan mesej Zack ter’skip”. Damia juga menjelaskan bahawa dia juga amat memahami mesej yang Zack sampaikan. Namun, Damia tidak berkata lebih daripada itu selain memohon maaf. Oleh kerana baru sahaja mengenali Damia, Zack cuba membuang perasaan cintanya pada Damia. “mungkin itu Cuma cinta monyet”. Pujuk hati Zack. Justeru, Zack mengambil keputusan untuk remove Damia daripada friend list facebooknya. Niatnya bukanlah kerana benci atau kecewa, tetapi cuba menghindari perkara buruk yang bakal berlaku. Dia cuba mengagak apa yang bakal berlaku melalui pengalaman lepasnya. Setelah Zack remove Damia dari friendlistnya, hati Zack mula rasa gelisah. Zack tetap dengan pendiriannya. Dia berpegang pada kata-kata ‘I Stand by What I Say’. Selepas hari itu, Zack tidak lagi berhubung dengan Damia. Namun demikian, dia sentiasa berharap supaya Damia akan bertanya khabarnya suatu hari nanti.
**********************************************************************************
Tu baru bahagian pertama. Nantikan bahagian selanjutnya. Sebelum tu, saya nak berkongsi sedikit tip belajar dengan pembaca sekalian. InsyaAllah, kalau anda amalkan, anda jarang-jarang buka buku pun masih boleh menjawab kertas peperiksaan.
- Amalkan ‘uzlah’ iaitu memisahkan diri daripada sesuatu perkara yang lain tanpa meninggalkan sesuatu perkara tersebut. Walaupun anda mempunyai banyak tugas ataupun tanggungjawab, jangan jadikan itu sebagai penyebab anda tidak mampu belajar. Agak sukar nak beruzlah ni. Walauapapun, banyakkan berdoa agar kita diberi kekuatan jiwa. Hal ini kerana ianya berkaitan dengan hati.
- Kalau membaca, pastikan jangan ada anggota badan anda yang bergerak. Maksudnya, kakukan sahaja badan anda. InsyaAllah, ianya akan membantu proses mengingat anda.
- Kalau anda belajar secara mendengar, pastikan ditangan anda ada sebatang pen. Catat segala point penting.
- Jangan belajar dengan cara meniarap. Karana ianya akan melambatkan proses mengingat. Apabila anda meniarap, oksigen akan lambat sampai ke otak. Kita kena ketahui, proses mengingat ni di bantu oleh oksigen,hamoglobin dan zat besi. Bila bercakap tentang zat besi. Zat besi ni terletak di kepala lutut. Oleh itu untuk tip seterusnya, pastikan rukuk semasa solat anda betul iaitu dengan cara menekan sedikit kepala lutut anda semasa rukuk dan mengenjut sedikit semasa bangkit. InsyaAllah ianya akan membantu.
Sebenarnya, saya sendiri tidaklah mempunyai keputusan peperiksaan yang agak baik. Tetapi ini lah yang menjadi amalan saya. Malas-malas pun masih boleh jawab peperiksaan. Yang penting kita ingat apa yang kita belajar. Dan tidak lupa juga, semua itu juga datangnya daripada Allah. I’am nothing without Allah. Syukran.
Comments
Post a Comment