Popular posts

Followers

Daun Mengkudu On Sunday, June 5, 2011

Lihat dan renung,
Setiap perbuatan,
Pada setiap kelakuan,
Setiap sujud solat,
Dalam kehausan puasa,
Juga pada tiap kalimah syahadah diungkap,
Pada setiap zakat di keluarkan,
Juga pada haji yang ditunaikan,
Cukup?
Cukup sekadar itu?
Cukup hanya kau perbuat segalanya,
Cuba kau tanya hati mu,
Apa jawabnya?
Imanmu,
Bagaimana jawapannya?
Setiap amalan harus ikhlas jawab imanmu!!!!!
Hatimu jawab apa?
Setiap hati punya jawapannya,
Pasti ia berbeza mengikut niatnya,
Kalau nakkan wanita,
Itulah jawapannya,
Kalau nakkan harta,
Itulah tujuannya,
Apa tujuanmu solat?
Agar dianggap sholeh??
Puasamu?
Kerna malu dengan teman??
Ungkapan syahadat?
Sekadar memenuhi syarat??
Zakat dikeluar?
Agar tidak dianggap kedekut??
Dan haji ditunai?
Untuk menunjuk mampu??
........Setiap masalah menimpa,
Tanyakan setiap persoalan ini pada hatimu,
........Setiap fitnah menghampir,
Tanyakan juga persoalan ini pada hatimu,
........Setiap dugaan yang datang,
Tanyakan juga persoalan ini pada hatimu,
Allah sedang bicara denganmu,
Tentang sabar dan ikhlas,
Melalui musibah dan masalah.
Agar engkau melihat semula seiap amalanmu.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments