MAWAR MERAH DI ANGKASA RAYA


Salam ukhuah kepada pembaca sekalian. Setelah kita berbincang mengenai rahsia di sebalik surah Al-Hadid dan penentuan jantina pada minggu sebelumnya, insyaAllah pada minggu ini kita berbincang pula mengenai  ‘mawar merah di angkasa raya’. Pastinya pembaca tertanya-tanya, apakah mawar merah tersebut dan betul ke ada bunga mawar di ruangan angkasa? Marilah sama-sama kita merungkai persoalan ini. Sebelum itu, perhatikan ayat berikut:
فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ ﴿٣٧﴾
(37) Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
(surah Ar-Rahman ayat 37)
Sepertimana manusia, bintang dilahirkan dan bintang juga akan mati pada akhirnya. Bintang –bintang yang boleh kita perhatikan di langit malam ada yang musnah beribu-ribu tahun dahulu dan membentuk nebula. Salah satu nebula yang agak popular dalam bidang astronomi ialah nebula mata kuching yang secara rasminya dikenali sebagai NGC6543.

 Nebula Mata Kucing (NGC 6543) merupakan sebuah nebula planet dalam buruj Draco. Ia merupakan salah satu nebula paling kompleks yang diketahui setakat ini dengan pemerhatian Teleskop Angkasa Hubble berketetapan tinggi yang mendedahkan struktur luar biasa seperti simpulan, jet dan menonjolkan ciri seakan-akan lengkok yang berserabut.

Ia telah ditemui oleh William Herschel pada 15 Februari 1786 dan merupakan nebula planet pertama di mana julatnya telah disiasat oleh ahli astronomi amatur Inggeris, William Huggins pada tahun 1864. Dianggarkan umur nebula ini 1000 tahun. Nebula mata kuching adalah sebuah bintang yang telah meletup dan jaraknya dari bumi ialah 3000 tahun cahaya. Perhatikan semula surah Ar-Rahman ayat ke 37 yang saya tunjukkan sebelumnya. Telah saya gariskan perkataan ”wardatan kat dihan”. Menurut tafsir Ibnu Kathir, perkataan tersebut bermaksud “ia akan cair seperti mendapan dan perak yang lebur apabila dipanaskan dan ia akan berwarna seperti pewarna dai yang mewarnakan sesuatu merah, kadang-kadang kuning, biru atau hijau. Menurut As-Suddi, perkataan tersebut bermaksud ‘ia akan berwarna seperti warna ros dan sekotor minyak.Ayat ini menunjukkan keadaan langit apabila berlaku kemusnahan bintang. Demikian lah ayat yang menjelaskan kepada kita keadaan atau penemuan yang akan kita perolehi apabila kita mengkaji langit. Kita akan menjumpai banyak perkara termasuk nebula mata kucing seperti yang di jelaskan oleh ayat di atas. Adakah ini juga satu kebetulan?

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Serama

Balik Raya 2020