Penentu jantina bagi bayi

Pembaca sekalian, pada hemat anda, siapakah yang menentukan jantina bayi yang bakal dikandung oleh anda atau bakal isteri anda? Tentunya ramai yang berpendapat bahawa Allah lah yang menentukan jantinanya. Secara peribadi, saya bersetuju dengan pendapat tersebut  tetapi secara saintifiknya siapakah penyumbang terhadap penentuan jantina bayi tersebut? Lelaki atau perempuan? Marilah sama-sama kita merungkai persoalan tersebut.
Dalam badan manusia, sel-sel mengandungi bahan perwarisan yang dinamakan sebagai kromosom. Dalam sel soma manusia, terdapat 46 kromosom atau 23 pasang kromosom. 22 pasang kromosom dinamakan sebagai autosoma sementara sepasang lagi dinamakan sebagai kromosom seks.
Kromosom seks perempuan mengandungi pasangan XX manakala kromosom seks lelaki mempunyai pasangan pasangan XY. Apabila berlaku pembahagian sel secara meosis dalm ovary (benih perempuan), 4 sel baru dihasilkan dan mempunyai bilangan kromosom (22+X) , manakala meosis yang berlaku pada sperma(benih lelaki) pula menghasilkan kromosom (22+X) atau (22+Y). Oleh itu, setiap ovum mengandungi kromosom X sahaja berbeza dengan sperma yang menghasilkan kromosom yang mengandungi kromosom Y atau X.
Dalam proses persenyawaan, satu ovum yang hanya mengandungi kromosom seks X disenyawakan oleh sperma yang membawa samaada kromosom seks Y atau kromosom seks X.  Sekiranya ovum disenyawakan oleh sperma yang membawa kromosom seks X, maka jantina anak ialah perempuan tetapi sekiranya ia di senyawakan oleh sperma yang membawa kromosom seks Y, maka jantina anak ialah lelaki.

ovum

sperma
Hasil jantina
Jenis kromosom
X
+
X
Perempuan
Jenis kromosom
X
+
Y
Lelaki

Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa lelakilah penyumbang terhadap penentuan jantina bagi bayi.
Perhatikan pula ayat Al-Quran berikut:

وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنثَىٰ ﴿٤٥﴾
(45) Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan, -

مِن نُّطْفَةٍ إِذَا تُمْنَىٰ ﴿٤٦﴾
(46) Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);
(Surah an-najm ayat 45 dan 46)

Pada hemat pembaca sekalian, adakah ayat diatas berkaitan dengan penentuan jantina yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran 1400 lebih tahun dahulu? Jawapan nya pastinya ya. Ianya berkaitan. Ayat 45 surah an-najm mengatakan bahawa Allah menciptakan pasangan lelaki dan perempuan. Maknanya  dua jenis jantina manusia. Ayat ini menyebut lelaki dahulu baru perempuan. Ini merupakan gambaran awal bahawa lelaki yang menentukan jantina. Namun begitu, gambaran ini masih begitu kabur untuk disahkan. Kemudian dijelaskan secara terperinci pada ayat yang berikutnya yang menyatakan dari setitis air mani ketika dipancarkan. Mengikut pengetahuan sains, hanya benih lelaki yang dipancarkan manakala benih wanita hanya menunggu ketibaan sperma dibahagian atas salur falofium.
Kesimpulannya, lelakilah yang menyumbang terhadap penentuan jantina bagi bayi. Ianya bertepatan dengan sains moden. Adakah ianya juga satu kebetulan? Andalah penilainya.

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Serama

Balik Raya 2020