Takut Pandai!!
Assalamua'laikum sidang pembaca sekalian...Dan salam perkenalan buat semua pembaca yang baru sahaja menjumpai blog ini. Syukur kita sama-sama panjatkan kehadrat ilahi kerna masih lagi berpeluang melihat keindahan alam ini dan yang paling penting masih berpeluang untuk beribadah dan juga bertaubat. Sedangkan nabi yang maksum (pasti tiada dosa) lagi bertaubat sebanyak 70 kali sehari apatah lagi kita insan yang pasti berdosa ini tidak tidak mahu bertaubat.
Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang "Takut Pandai". Persoalan ini telah saya kemukakan di group Jom Usrah. Apakah yang dimaksudkan 'Takut pandai". Dalam group tersebut, beberapa respon telah saya perolehi antaranya ialah :
"coz org takut jd bodoh...so jgan tkut jd pndai."Rosiah Moris
"bertanya mun x tauk". Ainollutfi Mn Nasir
"jgn berhenti menuntut ilmu...smkn byk kita tuntut ilmu, semakin kita sedar byk yg kita tak tahu.sbb tu xleh takut nak pndy..teruskan belajar, belajar seterusnya beramal."Budak Baek
" jgn tkut tuk blaja...mcm wank malu..??nya pnde...tp sikap malu nya ya mmpngaruhinya utk brtnya apa smua..ermmm..btol ka..??taupun aku nguras tok..??hahaha..mcm Ainollutfi mdh yaaaaaa......haha" Siti Mazieana
Demikianlah beberapa respon yang saya perolehi. Semua jawapan yang saya terima memang saya akui kebenarannya. Kali ini giliran saya pula berkongsi pendapat tentang persoalan ini berdasarkan pengalaman belajar di sekolah dulu bersama Ustaz Yusof Man. Beliau merupakan seorang Ustaz yang bersungguh-sungguh cuba membangunkan potensi diri yang ada dalam diri setiap pelajarnya. Pada suatu hari beliau menasihati kami dan katanya ;
"kamu semua jangan takut jadi pandai"
Kami agak blur ketika itu. Apakah maknanya takut jadi pandai. Sedangkan semua orang inginkan kepandaian. Lalu beliau berkata :
"Jangan takut mencuba"
Kami semakin hairan. Apakah kaitannya takut pandai dengan mencuba. Lalu beliau menunjukkan kami ke satu sudut. Di sudut tersebut seorang guru meminta seorang pelajarnya untuk membaca Al-Quran. Pelajar tersebut hanya berkata :
"Saya tak pandai"
Walaupun beberapa kali gurunya menyuruhnya cuba membaca, jawapan yang sama juga diberikannya kepada gurunya.
Beliau pun menjelaskan kepada kami.
" Kalau hendak menjadi seorang yang pandai dan berketrampilan, Jangan menolak setiap kali disuruh mencuba. "
Maknanya ialah. beliau mengibaratkan seseorang yang takut untuk mencuba/bertanya/belajar sebagai seorang yang takut untuk pandai. kepandaian tidak akan datang begitu sahaja kecuali belajar, mencuba, bertanya dan banyak lagi medium untuk menjadi pandai. Kalau anda duduk sahaja dirumah tanpa berbuat apa-apa. Ilmu mana yang akan anda perolehi. Oleh itu, jangan menolak kalau anda disuruh mencuba, membaca, menulis atau apa-apa sahaja walaupun anda tidak pandai, kerana dengan mencuba insyaAllah kepandaian itu akan hadir juga suatu masa nanti. Inilah yang dinamakan proses pembelajaran. Belajar teori yang praktikkan. Jangan takut, jangan malu, jangan segan, jangan fikir perkara negatif yang bakal berlaku kalau anda hendak pandai.
Sebagai contoh. Anda seorang pelajar biasa. Tiba-tiba disuruh untuk mengadakan satu perkhemahan ibadah. Bagi saya, perkhemahan ibadah adalah satu program yang agak besar untuk seseorang yang baru terlibat dalam berprogram. Nasihat saya jangan menolak. Anda cuba jalankan program tersebut. InsyaAllah, sepanjang anda cuba mengatur setiap segi program tersebut anda akan menjumpai kekurangan yang ada dalam diri anda. Masa itulah anda mengatur langkah untuk membaiki setiap kekurangan yang ada dalam diri anda. Kalau berterusan anda menjumpai kekurangan anda lalu memperbaikinya, tidak mustahil suatu saat anda akan menjadi seorang yang berketrampilan dan disegani suatu masa nanti. Wallhua'lam..

Comments
Post a Comment