Kaedah Menghafaz Al-Quran

Sumber gambar : MimbarHuffazh.org

Assalamua’laikum pembaca blog Daun Mengkudu (DM) yang budiman. Kali ini DM nak share sedikit kaedah bagaimana menghafaz ayat-ayat al-quran. Sebagai pendahuluan, Mungkin kaedah ni ramai dah yang praktikkan diluar sana dan mungkin juga kaedah ini tidak sesuai untuk orang-orang tertentu. Namun demikian, DM tetap akan kongsikan kaedah ini dengan pembaca blog DM yang amat DM hormati. Sebelum itu, cara yang bakal DM kongsikan ini merupakan satu cara yang DM pelajari semasa di Sekolah dulu. Kami panggil kaedah ini sebagai kaedah nabi Adam. DM tidak pasti kenapa kaedah ini diberi nama begitu. Yang DM ingat, nabi Adam suatu masa dahulu pernah disuruh menghafal semua jenis nama dalam dunia ni. Dan menurut ustaz yang mengajar tersebut, cara yang dia ajarkan adalah cara yang nabi Adam gunakan untuk menghafaz semua nama-nama tersebut.

Langkah pertama : Pastikan anda betul-betul lancar membaca ayat Al-Quran yang hendak dihafaz. Pastikan juga setiap hukum bacaan betul dan makraj huruf disebut dengat tepat.

Langkah kedua : Sebelum menghafaz pastikan diri anda berwuduk. Setelah itu ambil Al-Quran dan duduk seperti anda duduk antara 2 sujud seperti dalam solat.

Langkah ketiga : Baca seimbas lalu surah yang hendak dibaca.

Langkah keempat : Hafaz perkataan demi perkataan dan kemudian cuba sambungkan bacaan sehingga menjadi ayat.

Contohnya :

مِن نُّطْفَةٍ إِذَا تُمْنَىٰ ﴿٤٦﴾

Perkataan pertama dalam ayat diatas ialah :  مِن
Anda sebut perkataan tersebut berulang kali sehingga anda rasakan anda betul-betul hafal. Kalau boleh anda cuba ulang sehingga 500 kali. Setelah itu anda ulang langkah ini untuk perkataan kedua iaitu : نُّطْفَة . Setelah itu cuba sambungkan 2 perkataan tersebut dan sebut berulang kali sehingga 500 kali. Setelah itu teruskan dengan perkataan ketiga dengan cara yang sama. Setelah itu sambungkan ketiga-tiga perkataan tersebut dan ulang sehingga 500 kali dan begitulah seterusnya.

Beberapa perkara yang pembaca perlu ketahui. Semasa menghafaz pastikan anda betul-betul focus. Pastikan diri anda dalam keadaan yang tenang semasa hendak menghafaz. Setelah anda Berjaya menghafaz, pastikan diri anda tidak terlibat dalam maksiat terutamanya melihat aurat yang bukan muhrim. Untuk menguatkan hafalan. Pastikan anda sentiasa mengulang bacaan setiap hari.

Beberapa cara untuk menguatkan ingatan :
  1. Jangan suka makan makanan masam.
  2. Jangan suka melihat aurat org lain terutamanya filem lucah.
  3. Pastikan sujud semasa solat anda betul.
  4. Pastikan juga semasa rukuk dalam solat anda betul. 
  5. Jangan makan semut walaupun seekor.
# Sujud yang betul membawa ketenangan. Pada dahi kita terdapat satu benjolan yang kita panggil pusat otak. Cara mengenalinya adalah dengan cara letakkan jari anda di dahi kemudian tekankan sedikit kemudian gerakkan ke kiri dan ke kanan. Terdapat satu benjolan yang anda akan rasa. Sujud yang betul akan meletakkan benjolan ini tepat pada tempat sujud dan memberi sedikit tekanan padanya. Dari situ, aliran darah akan mula dibetulkan dan membantu membawa kandungan oksigen yang lebih banyak ke otak.

# Rukuk yang betul pula adalah semasa rukuk, kepala lutut di tekan sedikit dan semasa hendak berdiri tegak semula juga dihenjutkan sedikit. Hal ini menurut pakar kesihatan, di bawah tempurung lutut terdapat satu cecair yang dipanggil haemoglobin. Dan cecair inilah yang bercampur bersama sel darah merah yang membantu sel darah merah mengangkut kadar oksigen yang lebih banyak.

Waallahua'lam....semoga membantu terutamanya yang merasakan bahawa dirinya kurang iq dan sebagainya. Kita kena sentiasa ingat bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan. Jadi, mengapa harus kita meremehkan diri kita sendiri? Usaha sebelum menyerah.... ^^'

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Serama

Balik Raya 2020