Naruto dan mesej tentang freemason

Assalamua'laikum sidang pembaca blog daun mengkudu (DM) yang DM hormati. Kali ini DM nak share sikit tentang anime yang telah lama terkenal ni iaitu Naruto. Apa yang bakal DM kongsikan ini adalah berdasarkan pemerhatian berterusan sepanjang DM mengikuti anime ini. Naruto adalah satu komik yang di tulis oleh Masashi Kishimoto. Apa yang menarik dari hasil komik Masashi Kishimoto ni ialah, beliau pandai mengolah satu cerita secara complicated dalam satu judul. Dalam komik beliau ni, terdapat unsur-unsur agama, fakta sains, ilmu kebatinan yang sememangnya ada, dan juga unsur-unsur kejahatan atau lebih kita kenali sebagai freemason. Apa yang DM nak sampaikan pada entri kali ini ialah "Naruto dan Mesej Tentang Freemason" InsyaAllah, DM akan menulis naruto dan hubung kaitnya dengan hal-hal yang lain di masa yang lain.

Mari kita sama-sama ketahui hubungkaitnya melalui watak-watak yang terdapat dalam komik tersebut :

Profil+Tobi Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
Tobi@ Uchiha Madara

TOBI atau UCHIHA MADARA(nama sebenar) adalah pengasas sebuah puak yang bernama UCHIHA dan juga menubuhkan organisasi AKATSUKI .Dia merupakan seorang ninja yang telah hidup dari zaman dahulu lagi dalam cerita komik ni dan dikatakan sebagai kehidupan kekal abadi. Dia merupa DALANG di balik semua KEBURUKAN dengan memanipulasikan fikiran,pembohongan serta fitnahnya amat luar biasa dan dialah yang telah mencetuskan perang ninja ke 4.

“Allah tidak menurunkan ke muka bumi -sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat- fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Dajjal.” (HR Thabrani 1672).

Cuba perhatikan dialog yang disampaikan oleh tobi MADARA ini dalam ‘MOON EYES PLAN’ :
moons eye plan Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
Melalui dialog ni, dia merancang hendak menyatukan segala-galanya. Ianya hampir sama dengan penubuhan dunia baru oleh golongan freemason.


juubi Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
Juubi

JUUBI (binatang raksaksa) adalah raksaksa bermata satu yang ingin dibangkitkan oleh MADARA yang kebetulan juga bermata satu. ianya berekor 10. Juubi akan hidup sekiranya kesembilan jincuriki dikumpulkan. Ianya sama dengan rancangan freemason ingin membentuk satu pintu gerbang tempat keluarnya dajal(menurut mereka) dengan mendirikan 9 bangunan besar disetiap titik tenaga dunia. Salah satu bangunan tersebut ialah KLCC.

Bentuk asal mata JUBBI. Jika kita SAMBUNGKAN menjadi simbol :
mata+juubi Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
ADAKAH IANYA KEBETULAN atau ada MESEJ yang ingin disampaikan oleh pelukis komik ini?

Pain Ke 7 @ Nagato
Pain ke 6 @ Yahiko
Pain atau nama sebanarnya nagato adalah ketua AKATSUKI,dia mempunyai MATA DEWA(rinnegan) dalam agama buddha dan mesir,mampu menghidupkan orang yang telah mati dan mencipta sesuatu mengikut kehendaknya. Pain telah mengetuai Akatsuki setelah dihasut oleh Madara atau tobi. (Tobi ni kerjanya nak fitnah dan hasut orang je)
mata+rinnegan Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
Mata Rinegan Milik Pain
illuminati Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
Lambang mata yang terdapat pada duit 1 dollar
Uchiha Sasuke
UCHIHA SASUKE adalah WATAK kedua dalam cerita ni..Semasa dia keluar dari kampung konoha, dia hanya bertujuan untuk membunuh abangnya, tetapi setelah di hasut oleh Tobi(dia lagi yang hasut), dia akhirnya menyertai akatsuki.
illuminati+mata+sasuke Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
Mata Sasuke dan Hexagram Satanism
Mungkin Masashi Kishimoto ingin kita mengetahui maksud dari MESEJ yang ingin disampaikan,iaitu bahawa..kesemuanya itu berkaitan dengan apa yang terjadi dalam dunia REALITI kita sekarang…WATAK WATAK ANTAGONIS dan tiap-tiap simbol itu ada mengandung maknanya sendiri..sesiapa yang mengikuti siri komik ini dari mula hingga sekarang pasti terasa persamaan antara watak MADARA yang mirip akan ciri-ciri tentang DAJJAL,PAIN yang mirip akan Horus(DEWA MATAHARI),dan Sasuke yang makin gelap hatinya dan menuju jalan kejahatan dan kesyaitanan.
Pelukis mungkin terbaca akan kisah-kisah ini dan saya amat mengagumi kecerdikan dan idea yang dia selitkan ,dia juga tidak lupa menyampaikan MESEJ bahawa Kebenaran akan selalu menang melawan Kejahatan..ia nya sama sahaja seperti kisah Al Masih Dajjal yang akan dikalahkan oleh Nabi Isa a.s yg dibantu oleh Imam Mahdi di akhir zaman nanti, kan?

Comments

Popular posts from this blog

The secret behind the attack WTC 2001

Ayam Serama