Popular posts

Followers

Daun Mengkudu On Saturday, July 16, 2011

Assalamua'laikum sidang pembaca yang budiman. Kali ini Daun Mengkudu (DM) nak menulis sedikit tentang cinta. love, love, love.. Setiap kita ni pasti ada rasa cinta. Yang normal mahupun tidak normal. Pasti ada rasa cinta. DM teringat pada satu puisi yang ditulis oleh sahabat blogger yang lain yang berbunyi :

Cinta itu indah,

Diungkap dalam bait puisi,

Disebut dalam ayat novel,

Juga dinyanyi dalam bait lagu,

Bahkan juga dilakon menjadi drama cinta.

Sungguh, cinta adalah satu perasaan yang cukup bermakna pada hati-hati yang dalam percintaan. Tidak kira cinta sesama makluk, mungkin juga cinta sejenis. Apatah lagi cinta kepada Allah. Setiap dari kita punya pandangan yang berbeza tentang cinta dan juga punya matlamat yang berbeza bila bercinta. Sesetengah dari kita berkata :

" Cinta itu buta, dan ia mampu membutakan mata hati"

Ada juga yang berkata :

"Cinta itu membangkitkan semangat dikala rebah nya jiwa"

Ada juga yang berpandanagn bahawa :

"Cinta itu pemusnah cita-cita"

Tidak kurang juga yang menganggap cinta itu sekadar keperluan usia remaja. Meskipun begitu, cinta punya kebaikan dan juga keburukan tersendiri. Pada DM sendiri, cinta umpama dadah. Ianya bermanfaat bila diguna dengan betul dan memudaratkan bila disalah guna. Begitu juga cinta. Bila ianya dimanfaatkan sebaiknya. Kesannya juga baik kepada diri dan masyarakat. Jika sebaliknya. Sebaliknya juga kesannya. Pada hemat DM, pembaca sekalian mungkin lebih tahu tentang baik buruk bercinta. DM sendiri kurang pengalaman bab cinta. Sekadar melalui pembacaan dan juga cerita dari kawan-kawan. DM nak listkan kata-kata yang biasa DM dengar dari kawan dan melalui pembacaan kat bawah. :

Kerana cinta aku rela dalam paksa.
Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Rasanya DM mampu listkan 13 je ayat-ayat cinta yang DM selalu dengar dan baca. Erm.. Walau apapun. Biarlah cinta itu kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. InsyaAllah.. Diakhir sesuatu hubungan percintaan itu tidak terasa kecewanya. Justeru, banyakkan berdoa agar Allah mengurniakan jodoh yang terbaik buat kita.

"I PRAISE ALLAH FOR SENDING ME YOU"

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments