"Harapan" (Bahagian kedua)
"Harapan" (Bahagian Pertama)
Tahun 2011 mula menjelma dan tahun 2010 bakal ditinggalkan. Zack berazam untuk semester ini, dia akan cuba sedaya upayanya agar tidak lagi mengungkapkan kata-kata cinta pada perempuan yang dia rasakan hanya cinta monyet. Pada semester yang akan datang, Zack telah merancang banyak perkara. Pertamanya ialah memastikan pointernya untuk semester akan datang mencapai targetnya dan keduanya ialah memimpin pergerakan persatuan pelajar Islam di kolejnya dengan kaedah yang paling mudah dan terbaik tanpa mengganggu kualiti belajarnya dan juga ahli-ahlinya. Walaupun Zack hanyalah pengerusi sementara, dia telah merancang banyak perkara. Baginya itu amanah. Walaupun sementara, amanah wajib dijalankan.
Semester baru sudahpun bermula. Keputusan untuk semester lepas pun Zack sudah ketahui. Zack mengucap syukur apabila mendapati keputusan semesternya yang lepas yang disangka jatuh merundum rupanya meningkat sedikit. Untuk semester ini pastinya Zack telah merancang strategi belajarnya dengan baik.
Lebih-lebih lagi dengan amanah yang banyak dipikulnya. Selain pengerusi persatuan pelajar Islam, Zack juga merupakan seorang Imam di kolejnya. Apabila teringat tanggungjawabnya sebagai Imam. Zack merasa sedikit tertekan. Hal ini kerana, dia diwajibkan untuk tinggal di asrama. Dalam pada itu, dia ditugaskan juga untuk mengatur aktiviti pelajar di asrama. Mengikut perjanjian yang dibuat, Zack hanya ditugaskan untuk menjadi Imam sahaja. Tetapi sebaliknya berlaku. Zack juga kena membantu mengatur segala program yang dianjurkan oleh asrama terutamanya bahagian P.A System. Walaupun begitu, Zack cuba sedaya upaya untuk mengikhlaskan dirinya melakukan semua kerja-kerja tersebut. Seingat Zack, dia telah memohon untuk tinggal di luar asrama sebanyak dua kali. Pertamanya ketika dia berada di semester ke-2. Permohonannya tidak diluluskan rentetan pemecatan Ustaz yang sepatutnya menjadi Imam di surau asramanya. Oleh sebab itu, dia dilantik menjadi Imam bagi memimpin solat di surau tersebut sementara menunnggu kemasukan seorang lagi Ustaz baru. Kali ke-2 pula ketika dia berada di semester 3 iaitu setelah kemasukan Ustaz pengganti tersebut. Walaupun ustaz baru sudah ada, permohonannya untuk tinggal di luar hostel tidak juga diluluskan atas sebab Ustaz tersebut terlalu baru di alam bekerja. Zack diminta untuk membantunya. Dengan rasa senang hati, Zack membatalkan niatnya untuk tinggal di luar hostel untuk kali yang kedua.
Lebih-lebih lagi dengan amanah yang banyak dipikulnya. Selain pengerusi persatuan pelajar Islam, Zack juga merupakan seorang Imam di kolejnya. Apabila teringat tanggungjawabnya sebagai Imam. Zack merasa sedikit tertekan. Hal ini kerana, dia diwajibkan untuk tinggal di asrama. Dalam pada itu, dia ditugaskan juga untuk mengatur aktiviti pelajar di asrama. Mengikut perjanjian yang dibuat, Zack hanya ditugaskan untuk menjadi Imam sahaja. Tetapi sebaliknya berlaku. Zack juga kena membantu mengatur segala program yang dianjurkan oleh asrama terutamanya bahagian P.A System. Walaupun begitu, Zack cuba sedaya upaya untuk mengikhlaskan dirinya melakukan semua kerja-kerja tersebut. Seingat Zack, dia telah memohon untuk tinggal di luar asrama sebanyak dua kali. Pertamanya ketika dia berada di semester ke-2. Permohonannya tidak diluluskan rentetan pemecatan Ustaz yang sepatutnya menjadi Imam di surau asramanya. Oleh sebab itu, dia dilantik menjadi Imam bagi memimpin solat di surau tersebut sementara menunnggu kemasukan seorang lagi Ustaz baru. Kali ke-2 pula ketika dia berada di semester 3 iaitu setelah kemasukan Ustaz pengganti tersebut. Walaupun ustaz baru sudah ada, permohonannya untuk tinggal di luar hostel tidak juga diluluskan atas sebab Ustaz tersebut terlalu baru di alam bekerja. Zack diminta untuk membantunya. Dengan rasa senang hati, Zack membatalkan niatnya untuk tinggal di luar hostel untuk kali yang kedua.
Setelah sebulan dia tidak berhubung dengan Damia, sekali lagi ruangan mindanya teringat akan gadis tersebut. Terdetik dihatinya untuk meninjau blog milik Damia. ‘Posting’ terbaru di blognya bertajuk “Penulis Buta, Siapakah agaknya”. Tajuk yang agak pelik. Setelah dia menghabiskan bacaan, rupanya account facebook Damia telah di “hack”. Agak beremosi penulisannya kali ini. Kali ini, Zack mengambil keputusan untuk “add” Damia sebagai kawan di alamnya mayanya untuk kali yang kedua. Mungkin inilah kesilapan Zack yang terbesar. Dia lupa dengan pegangannya iaitu “I stand by what I Say”. Dia kembali berhubung dengan Damia. Namun, tidaklah seperti sebelumnya. Hubungannya dengan Damia semakin rapat. Walaupun sekadar di alam maya, Zack merasakan seolah-olah dia sedang berhadapan dengan Damia setiap kali mereka berhubung. Pernah juga terdetik dihati Zack hendak ‘kol’ Damia. Nombor handphone Damia sudah lama dalam simpanannya. Di sebabkan rasa malu, Zack batalkan sahaja niatnya sehinggalah sir Rahman yang merupakan penasihat Persatuannya seperti cuba menjodohkan dia dengan Damia. Justeru Zack SMS Damia dan itulah pertama kali Zack menghubungi Damia melalui handphone.
“Damia, awak ada cerita apa-apa ke tentang saya kat sir Rahman? Maksud saya awak bagitahu dia ke yang saya selalu berhubung dengan awak?”
“Tidak. Kami jarang berhubung.” Jawab Damia ringkas.
Masa tu Damia masih berada di Melaka. Khabarnya, dia berada di sana bagi meraikan majlis perkahwinan saudaranya di sana. Damia lewat selama seminggu untuk mendaftar masuk semester baru. Dalam masa tersebut, Zack telahpun mula mengadakan satu program di asrama dan ianya juga merupakan program kedua persatuannya untuk semester ini. Program tersebut adalah sambutan maulidur rasul . Dia mengelola sambutan tersebut pun atas sebab kegagalan uztas baru mengatur perjalanan program. Dia set up semua perjalanan program tersebut dalam masa satu malam seorang diri. Pada keesokan harinya, Zack cukup bersemangat. Hal ini kerana, hari tersebut mungkin merupakan hari pertama dia berjumpa Damia. Namun, Damia tidak hadir ke program tersebut. Hal ini mengecewakan Zack. Kekecewaan Zack ditambah dengan kelewatan Sir Rahman dan AJK persatuan yang lain sampai dan juga kelewatan Uztas menghadiri program. Satu perkara paling Zack benci ialah menunggu. Zack boleh sabar dengan apa-apa sahaja perkara kecuali menunggu. Oleh sebab rasa kecewa tersebut, Zack luahkan di blog baru miliknya. Tajuknya ialah ‘I’ll be more happy if she came along’. Itulah ‘posting’ pertama Zack yang berkisar tentang seorang gadis.
Setelah Damia balik dari Melaka, Zack telahpun mengatur beberapa ‘meeting’ bersama ahli persatuannya. Akhirnya Zack bersemuka juga dengan Damia semasa ‘meeting’. Seingatnya, meeting tersebut diadakan bagi melancarkan perjalanan program ke-3 yang bakal dikelola oleh persatuannya. Program tersebut ialah Tazkirah bulanan yang bertajuk ‘Baca Sirah Petik Ibrah’. Sejujurnya, Zack tidak setuju dengan tajuk tersebut. Sebabnya tajuk tersebut terlalu skema buat santapan jiwa remaja sepertinya. Oleh sebab dia menyedari dia hanya menurut perintah, dia kena teruskan juga mengelola program tersebut walaupun terdapat perasaan hampa dalam hatinya.
*********************************************************************************
Pada hari Rabu bertarikh 23 Febuari. Zack mengajak Damia berjumpa. Kali pertama dia bercakap dengan Damia selain semasa meeting ialah ketika menuggu bas untuk balik ke asrama. Oleh sebab rasa segan selain gangguan daripada kawan-kawan Damia, Zack gagal untuk meluahkan perasaannya. Akhirnya Zack megajak Damia berjumpa di malamnya. Zack membawa Damia bercakap di kedai makan berhampiran rumah Damia.
“Kenapa awak suka saya?” Damai bertanya.
“Entah”. Zack menjawab.
“Mesti sebab sekarang ni saya pun AJK persatuan juga kan? Sebelum ni saya memang dah lama kenal awak. Mungkin sebab saya bukan AJK persatuan awak langsung tak pedulikan saya.” Damia berkata dengan nada hampa.
“ Tak. Saya betul-betul tak perasan kehadiran awak masa tu.” Zack mencelah.
Sememangnya, Zack jarang-jarang melihat perempuan dengan pandangan yang tajam. Oleh sebab itu dia sering lupa perempuan yang dia pernah berjumpa dan bercakap. Selain itu, Zack juga sedang cuba melupakan kekasih hatinya yang dulu. Dia berpisah dengan kekasih lamanya semasa bulan Ramadhan tahun 2008. Masa tu, peperiksaan SPM begitu hampir. Zack amat tertekan masa tu dan menyebabkan keputusan SPM nya teruk. Oleh hal demikian, dia cuba menghindar dirinya daripada jatuh cinta kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Setelah dua tahun dengan prinsipnya, akhirnya Zack jatuh cinta buat kali yang kedua terhadap Damia. Rentetan perjumpaan pertamanya dengan Damia pada malam tersebut, mereka kerap keluar bersama. Zack tertanya-tanya. “Adakah Damia juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya”.
“Kalau saya ajak awak couple awak nak?”. Zack bertanya.
“Kenapa mesti couple? Tak boleh ke kita jadi kawan rapat je?”. Damia menjawab.
“Entahlah Damia, saya pun tak faham kenapa mesti couple”.
“Sebenarnya ayah saya telah jodohkan saya dengan seseorang. Kata-kata ayah tak boleh dibantah. Saya sedih Zack. Saya dihalang membuat keputusan. Setiap keputusan ayah saya yang buat untuk saya. Saya betul-betul ingin membuat keputusan sendiri untuk diri saya.”
“Awak cintakan lelaki yang ayah awak jodohkan?”
Damia hanya menggeleng kepala menjawab pertanyaan Zack. Bagi Zack kalau dijodohkan bukanlah penghalang buatnya. Sejak itu Zack sering berdoa agar Allah membuka pintu hati ayah Damia supaya tidak mengongkong kehidupan Damia. Dia teringat kata-kata kawannya seorang pelajar IT.
“Sedangkan kapal terbang boleh di rampas apatah kekasih orang”.
Zack tersenyum seorang diri bila teringat kata-kata kawannya. Lawak tetapi agak bermakna. Bila teringat je tentang tu, Zack buat sedikit kajian tentang hal yang berlaku tahun 2001 iaitu rahsia disebalik penyerangan WTC. Dalam masa yang sama Zack menulis satu artikel di blognya bertajuk ‘i praise Allah for sending me you my love’.
Pada tarikh 12/3, Zack dan ahli persatuannya diarah untuk mengadakan program qiamullail. Pada masa yang sama mereka mengadakan mensyuarat bagi membincangkan perkhemahan ibadah kedua anjuran persatuannya. Perkhemahan tersebut bakal diadakan pada 21/3 yang akan datang. Dia mengagak perkhemahan tersebut pastinya akan menjadi satu perkhemahan yang sukar untuk dia lupakan. Dalam masa yang sama, Zack bercadang untuk meletak jawatannya sebagai pengerusi persatuan Pelajar Islam selepas perkhemahan tersebut. Dia merasakan bahawa dirinya telah lari dari niat sebenar dia menyertai persatuan tersebut. Selain itu, dia bimbang dia bakal menimbulkan masalah buat persatuannya.
Keesokan harinya, Zack log in ke account facebooknya. Seseorang telah inbox mesej padanya.
“Kau ni memang tak sedar diri. Dah tahu Damia tu tunang orang masih juga kau nak kacau. Masih ramai lagi perempuan lain kat luar tu. Jangan lah kau ganggu tunang orang pula”. Demikianlah mesej seseorang yang dia kenali sebagai Ryan Nicho pada profile facebooknya.
“Sesungguhnya Allah lebih mengetahui”. Zack membalas mesej tersebut.
“Kau ni memang tak sedar diri”.
“Aku ke kau yang tak sedar diri? Tiba-tiba je mengaku tunang Damia. Couple pun dia tak de apatah lagi tunang.”
Zack rasa tak sedap hati dengan keadaan tersebut lalu dia bertanya sendiri pada Damia.
“Damia, awak dah bertunang ke?”
“Tak, kenapa.”
“Seseorang yang saya kenali sebagai Ryan Nicho mengaku dia tu tunang awak.”
“Owh, dia tu lah yang ayah nak jodohkan pada saya.”
“Awak suka dia?”
“Nak buat macam mana Zack, saya kena ikut ayah saya. Kalau dia suruh saya kahwin dengan Ryan, saya tak boleh nak bantah.”
“Awak ada kehidupan awak sendiri Damia. Awak jelaskan pada ayah awak.”
“Tak boleh Zack, ayah saya takkan setuju. Sejak saya kecil, saya mesti ikut kata-kata ayah saya.”
Zack amat tertekan masa tu. Kenapa Damia ni terlalu mengikut kata-kata ayahnya. Oleh sebab rasa tertekan yang teramat sangat, Zack pergi ke bilik air dan berwuduk. Dia menunaikan solat sunat hajat.
“Ya Allah, kau bukalah pintu hati ayah Damia supaya tidak mengongkong kehidupan Damia. Berilah kesempatan buat Damia untuk memilih jodohnya sendiri. Engkau titipkanlah perasaan yang sama pada Damia terhadapku. Engkau buatkanlah satu hubungan hati antara kami agar dia dan aku sentiasa merasa perasaan, sakit dan bahaya yang bakal menimpa antara kami.”
Zack merasakan dirinya agak tenang selepas itu. Sepanjang malam tersebut, Zack hanya termenung memikirkan sikap ayah Damia yang suka mengatur hidup Damia. Dia bertanya pada dirinya. “Adakah Damia juga mencintai lelaki tersebut?.” Dia mula curiga dengan Damia. Adakah selama ini Damia telah berbohong padanya dan menjadikan ayahnya sebagai alasan. Andai kata Damia tidak mencintai Ryan, pastinya Damia tidak akan berhubung dengan Ryan.
“Damia, saya minta awak berterus terang pada saya. Adakah awak mencintai Ryan?”
“Saya sayangkan dia Zack, namun saya tidak berharap pada dia.”
“Betul ke ayah awak sendiri yang jodohkan awak berdua ataupun awak berdua memang saling mencintai? Hari tu dia kata kat saya ayah awak tak jodohkan dia dengan awak.”
“Betul tu Zack. Ayah tak jodohkan tetapi ayah suka dia.”
“Awak pernah berjumpa dia Damia?”
“Kami tak pernah berjumpa.”
“Ayah awak?”
“Saya tak tahu”.
“Bagaimana awak boleh kenal dia?”
Damia hanya menggeleng kepala menjawab pertanyaan tersebut. Zack merasa cukup kecewa terhadap Damia. Damia sanggup tidak mengaku Ryan adakah kekasihnya. Damia juga sanggup menggunakan ayahnya untuk menolak cinta Zack. Yang paling mengecewakan Zack ialah, Damia sanggup menipunya. Setelah sekian lama dia mengenali Damia sebagai seorang yang jujur rupanya Damia seorang yang suka berselindung. “Kenapa awak sanggup buat begini Damia?” Zack mengeluh seorang diri. Zack tidak tunjukkan kekecewaannya pada Damia. Dia berlagak biasa sepanjang berhadapan dengan Damia kerana dia tidak mahu fokus Damia terhadap peperiksaan terganggu. Namun, hati Zack sukar ditipu. Zack kecewa lalu dia menulis puisi bertajuk “Aku bukan siapa-siapa”
Buka mata mentafsir kelakuan,
Bergerak melangkah hati semakin resah,
Aku bukan siapa-siapa mengharap cinta dan juga perhatian,
Kerana aku bukan siapa-siapa,
Ya!!!
Aku bukan siapa-siapa!!!
Sedarlah!!
Bagunlah dari lamunan dan perancangan alam minda,
Bergerak sendiri mencari redhonya,
Biarkan dia dengan hidup dan keinginannya,
Kerana engkau bukan siapa-siapa.
Engkau masih punya masa,
Engkau masih punya ruang,
Engkau juga masih punya harapan,
Namun untuk mencapainya engkau harus merancang dan melaksanakan perancangan itu,
Kunci dan juga mangga,
Sebenarnya dua benda saling melengkapi,
Adakah aku dan dia juga begitu?
Mungkin saja itu perasaanku,
Kerana cinta tak kenal usia,
Juga tidak mengenal semester,
Cinta juga mampu membangunkan jiwa yang hampir mati,
Juga bisa menghancurkan sesebuah organisasi,
Namun sampai bila harus aku pujuki jiwa yang resah,
Menanti suatu harapan yang tidak mungkin berlaku,
Semakin lama,
Ianya hanya menyakiti hati,
Dan menghilangkan ketenangan dalam diri,
Aku mohon pada yang berkuasa keatas hati-hati,
Tenangkan hatiku,
Hilangkan gelisahku,
Kuatkan jiwaku,
Teguhkan pendirianku,
Suluhkan jalan untukku,
Kerana jalan yang aku punya saat ini semakin gelap dan menghitam,
Hanya engkau yang berkuasa mencerahkannya semula,
Keinginanku saat ini hanyalah untuk melupakannya,
Kerana dia tidak ingin membuka ruang untuk hatinya,
Dalam jiwanya cuma seseorang,
Seseorang yang dia sendiri tidak pernah bertemu,
Entah benar atau tidak,
Engkau lebih mengetahui ya Allah,
Kerana aku pernah di bohongi sebelumnya,
Tetapi kenapa hatiku masih merindui dan merasa bertanggungjawab padanya?
Engkau lebih tahu ya Allah,
Aku cumalah hamba,
Aku berharap terdapat suatu kebaikan diantaranya,
Biarlah hatiku tak tentu hala saat ini,
Semoga perancangan yang engkau aturkan untukku membawa perubahan dalam tindakanku,
Perubahan yang akan membantuku,
Menghidupkan kembali jiwaku yang telah mati... ^^"
***************************************************************************
Comments
Post a Comment