Posts

Showing posts from June, 2011

Takut Pandai!!

Assalamua'laikum sidang pembaca sekalian...Dan salam perkenalan buat semua pembaca yang baru sahaja menjumpai blog ini. Syukur kita sama-sama panjatkan kehadrat ilahi kerna masih lagi berpeluang melihat keindahan alam ini dan yang paling penting masih berpeluang untuk beribadah dan juga bertaubat. Sedangkan nabi yang maksum (pasti tiada dosa) lagi bertaubat sebanyak 70 kali sehari apatah lagi kita insan yang pasti berdosa ini tidak tidak mahu bertaubat.  Kali ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang "Takut Pandai". Persoalan ini telah saya kemukakan di group Jom Usrah . Apakah yang dimaksudkan 'Takut pandai". Dalam group tersebut, beberapa respon telah saya perolehi antaranya ialah :

MAWAR MERAH DI ANGKASA RAYA

Salam ukhuah kepada pembaca sekalian. Setelah kita berbincang mengenai rahsia di sebalik surah Al-Hadid dan penentuan jantina pada minggu sebelumnya, insyaAllah pada minggu ini kita berbincang pula mengenai  ‘mawar merah di angkasa raya’. Pastinya pembaca tertanya-tanya, apakah mawar merah tersebut dan betul ke ada bunga mawar di ruangan angkasa? Marilah sama-sama kita merungkai persoalan ini. Sebelum itu, perhatikan ayat berikut: فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ ﴿٣٧﴾ ( 37) Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; (surah Ar-Rahman ayat 37)

Malam Gemilang Generasi Harapan

Image
Assalamua'laikum sidang pembaca blog yang pelik lagi kerap tukar-tukar theme ni. Bukan apa. Belum power sangat dengan bab HTML code. Sebab tu lah kerap bertukar. Kali ni saya nak tulis satu entri yang special untuk program yang tertera kat atas tu. Oleh sebab itu, saya nak tulis dalam bahasa Melayu Sarawak. Harap2 tiada yang kata bahasa kami ni bahasa orang asli seperti salah seorang hamba Allah yang kurang mengerti kat fb.

Make Me Strong Lyrics-Sami Yusof

Image
I know I’m waiting Waiting for something Something to happen to me But this waiting comes with Trials and challenges Nothing in life is free I wish that somehow You’d tell me out aloud That on that day I’ll be ok But we’ll never know cause That’s not the way it works Help me find my way

I love this Word

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga. Dari Saiyiditina Aisyah R.A Rasulullah (shalallahu 'alaihi wasallam) bertanya pada Fatimah Az-Zahra ('alaihisallam): " Apakah yang terbaik bagi wanita? " Beliau menjawab: " Iaitu, hendaknya ia tidak melihat kepada lelaki lain dan tidak dilihat lelaki lain " [Bayt Al-Ahzan: Halaman 22] Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Seseorang hamba tidak mencapai darjat orang yang bertakwa sebelum ia meninggalkan perkara yang tidak mengapa (tidak berdosa) kalau dikerjakan kerana takut terjerumus ke dalam dosa (kalau dikerjakannya). (...

Allah Sedang Bicara Denganmu

Lihat dan renung, Setiap perbuatan, Pada setiap kelakuan, Setiap sujud solat, Dalam kehausan puasa, Juga pada tiap kalimah syahadah diungkap, Pada setiap zakat di keluarkan, Juga pada haji yang ditunaikan, Cukup? Cukup sekadar itu? Cukup hanya kau perbuat segalanya, Cuba kau tanya hati mu, Apa jawabnya? Imanmu, Bagaimana jawapannya? Setiap amalan harus ikhlas jawab imanmu!!!!! Hatimu jawab apa? Setiap hati punya jawapannya, Pasti ia berbeza mengikut niatnya, Kalau nakkan wanita, Itulah jawapannya, Kalau nakkan harta, Itulah tujuannya, Apa tujuanmu solat? Agar dianggap sholeh?? Puasamu? Kerna malu dengan teman?? Ungkapan syahadat? Sekadar memenuhi syarat?? Zakat dikeluar? Agar tidak dianggap kedekut?? Dan haji ditunai? Untuk menunjuk mampu?? ........Setiap masalah menimpa, Tanyakan setiap persoalan ini pada hatimu, ........Setiap fitnah menghampir, Tanyakan juga persoalan ini pada hatimu, ........Setiap dugaan yang datang, Tanyakan juga persoalan ...

Penentu jantina bagi bayi

Pembaca sekalian, pada hemat anda, siapakah yang menentukan jantina bayi yang bakal dikandung oleh anda atau bakal isteri anda? Tentunya ramai yang berpendapat bahawa Allah lah yang menentukan jantinanya. Secara peribadi, saya bersetuju dengan pendapat tersebut  tetapi secara saintifiknya siapakah penyumbang terhadap penentuan jantina bayi tersebut? Lelaki atau perempuan? Marilah sama-sama kita merungkai persoalan tersebut. Dalam badan manusia, sel-sel mengandungi bahan perwarisan yang dinamakan sebagai kromosom. Dalam sel soma manusia, terdapat 46 kromosom atau 23 pasang kromosom. 22 pasang kromosom dinamakan sebagai autosoma sementara sepasang lagi dinamakan sebagai kromosom seks. Kromosom seks perempuan mengandungi pasangan XX manakala kromosom seks lelaki mempunyai pasangan pasangan XY. Apabila berlaku pembahagian sel secara meosis dalm ovary (benih perempuan), 4 sel baru dihasilkan dan mempunyai bilangan kromosom (22+X) ...